Assalamualaikum...Lama Bebeno Dah...

Assalamualaikum dan salam ramadhan. Mendengus panjang hari ni bukan tanda aku mengeluh. Tapi sebab menarik nafas panjang sebab ambil masa yang panjang nak update blog aku ni. Diam duduk diam bukan bermakna tiada apa yang nak diluahkan, tapi kependekkan masa yang makin terasa dari sehari ke sehari. Rasa tak? Bulan lepas dan bulan ni aku rasa kurang tenang dengan situasi sekitar. Lebih-lebih lagi dalam soal kerja. Ini lah bahana bila 'take over' kerja dari tangan orang lain. Nak cerita panjang pun tak ada faedah bagi aku. Simpan aja dalam hati. Jangan melatop sudah. Tak kan lah kan. Biarkan ia pergi.

Tapi bersyukur sangat sebab ada penyeri hidup, tak lain tak bukan wife dan 'my little bam-bam' yang selalu pandai mengambil hati. Hmm...meriah dah rasa. Lagi-lagi dekat nak raya ni. Eh, dah minggu terakhir Ramadhan rupanya. Mood sure dah sampai dapur rumah mak. Haha. Terngiang-ngiang ketupat lodeh dan ayam kicap mak. Hoho. Pagi-pagi dah ingat makan. Apeda. Anyway tak sabo nak tunggu sampai hujung minggu ni. Sabtu dah start cuti. Tapi rasa macam nak cuti awal plak. Tengok lah nanti macamana. Ikut hati. Ada aku kesah? Bos aku kesah! Haha. Ni yang wat pakatan pembangkang ni. Hehe.

Apapun sepanjang Ramadhan ni dilalui dengan ceria dengan family, cuma tahun ni aku rasa kurang berbanding dari tahun sudah. Apa yang kurang biar jadi rahsia aku dengan Dia. Kadang terasa takut sempat ke tidak nak jumpa Ramadhan tahun depan. Harap apa yang sedikit itu diterima. Apapun Ramadhan dan Aidilfitri kali ini lebih bermakna dari sudut keduniaan kerana berpuasa dan beraya di rumah baru dan yang penting dengan ahli baru. Tidak lain Muhammad Qarin Rifqi yang begitu cepat pembesarannya. 7 bulan dah. Kejap aja. Rasanya macam baru semalam aku dok mandikan dia masa wife berpantang dulu.


Kerja...kerja...kerja...pusing-pusing cari wit raya sendiri...Alhamdulillah target archive...



Murah rejeki sebab dia ni lah...beso dah anak abah...rasa nak geget jek dia nih...

Semua nak buat sendiri jek...Macam terer...Jeling abah lah tu...sebab nak pegang sendiri...Faham-faham...

Memang pantang jumpa stereng...Ikut abah dia lah ni...Hehehe...Sebab masa ibu dia ngandung dulu abah dia sibuk main Need For Speed.

Orang nak buka puasa pun dia sibuk nak buka...Hehe...Kadang tak sampai hati nak makan bila tengok mulut dia kecap-kecap!...

Ni Gambo peberet aku...Qarin dah start makan selain susu...Ni masa berbuka kat luar minggu lepas...Suka dia makan kurma...Suka tengok mulut dia...

Melihat Qarin membesar merupakan satu pengalaman yang cukup hebat. Biarlah abah sorang yang kurus asal Qarin sihat membesar bagai johan. Terlupa segala duka bila melihat dia membesar. Buat aku semakin kuat lalui perjalanan hidup ini. Alhamdulillah.


0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top