Selamat Hari Raya...


Alhamdulillah, tahun ni kami beraya di kampung. Gliran aku lah plak kan. Tahun ni sambut sederhana sahaja. Ye lah, kehilangan arwah abah masih terasa lagi. Diam tak diam dah dekat 2 tahun arwah abah pergi tinggalkan kami. Apapun tak mau sedih sangat, hari raya patut di rai dengan gembira. Alhamdulillah, saudara mara aku meme kecoh. Hehe. Meriah lah jadinya kan. Tengok mak pun happy je. Lega lah juga. Yang penting semua happy cukup lah kan. Yang pergi tetap pergi so kita doakan dan banyak-banyak lah sedekah kan amalan untuk dia di sana. Itu lebih baik dari meratap.


Tahun ni juga aku beraya bersama orang baru ni. Hehe. Dapat lah juga ubat rindu. Biasa lah kan, ibu abah yang excited lebih bila nak raya ni. Semua nampak dia punya aja lah jadinya. Tak apa lah kan, sementara ada ni. Cepat sungguh dia membesar dan paling besar antara sepupunya juga. Bila pergi beraya rumah makcik-makcik semua makcik dan pakcik aku cakap yang Qarin ni sejibik macam aku masa seumurnya dulu. Tu yang arwah pak ngah aku panggil nama aku GOBEL. Hehehe. Tapi harap bila dah beso nanti jangan lah jadi kurus macam abah dia ni. Haha.


...SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRi MaAf ZaHiR BaTiN...


0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top