Jumaat Yang Sayu....

Entah kenapa hari ni terasa begitu sayu sekali. Mungkin semakin dekatnya hari ke-40 pemergian abah. Orang kata, selama 40 hari roh arwah masih ada bersama kita atau di rumahnya. Selepas ini roh abah akan ke sana selamanya. Pernah aku bermimpi berjumpa abah 2 or 3 hari lepas. Sempat bersalam dan mencium tangannya. Bila aku ingin memeluknya dengan cepat abah memegang bahu aku seperti ingin menyatakan sesuatu. 


Kenapa ye? tapi abah tidak berkata sepatah pun. Aku harap dapat bermimpi berjumpa dengannya lagi. Harapnya begitulah. Sebab memang jarang aku bermimpi tentang abah sepanjang hidup aku. bermacam-macam bermain di benak aku ni.




nota kaki cagu : mencari jawapan...
jawapan - ...

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top