Akhirnya...Dapat Gak Konci...

Alhamdulillah isnin lepas 9hb Januari 2012 aku telah menerima kunci untuk rumah baru aku tu. Sekejap je dah 2 tahun kan. So secara tak langsungnya aku dah jadi penghuni Sierra Perdana lah kan. Siap dapat sticker lagi. Pihak pemaju kata kat taman ni dah ada rukun tetangga yang diwujudkan oleh penduduk yang lebih awal menghuni di taman ni. Orang-orang fasa 1 lah kiranya. Elok sangat lah tu kan. So, bila aku masuk nanti kena lah rajin-rajin cari jiran baru. Biar senang duduk kat sana nanti. Kena lah participate kan.  So, sticker ni penanda jek lah ek. 

Rasanya bulan 3 nanti baru pindah sana kot. Tapi sticker dah tampal dolu. Bukan apa, kasi kuat sikit semangat tu nanti. Lagipun banyak kerja yang nak kena selesaikan. Urusan itu dan ini. Pelan-pelan kayuh lah ek. Jangan terburu-buru. Apa pun, nak kena handle sensorang nanti. Bisa atau enggak ek? Kira boleh lah. Nak minta tolong siapa lagi kan, tulang 4 kerat je lah nih. Hope masih kuat lagi la ek. Kena minum susu lebey nih.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top