Home Sweet Home...

Fuhh...Raya ke-4 dah? Giliran untuk beraya belah family wife plak. Nampaknya dari pagi sampai ke malam la kat rumah orang nih. Ke sana ke mari. Hujan plak tu. Dah malam baru jumpa nasi. Haha. Nama pun raya, jumpa kuih raya je la nampaknya plak tu dengan air bergas. Sebu perut jadinya. Tapi ok lah kan, jumpa sedara mara yang setahun sekali ni, tak pun kalau ada majlis baru dapat jumpa. 

Tapi penat semua hilang bila sampai ke rumah. Ye lah, tahun ni aku dapat beraya kat rumah sendiri, Alhamdulillah. Kecit ke beso ke, yang penting rumah sendiri. Baru tau feel rumah sendiri tu macamana kan. Aku bukan pegawai beso yang berpangkat tinggi, lulusan pun tak seberapa tapi Alhamdulillah rejeki Allah tu luas. Kadang aku pun tak duga punya rejeki sebegini. Kita saling bergantung kan.


Juz for fun, jom ke ruang tamu ngumah aku.









Macam biasa aku suka yang simple jek. Rumah tak beso mana kan, so cari yang fit untuk isi rumah. Konsep warna ruang tamu : hitam, putih dan merah pekat. Aku suka. Orang lain aku tak pasti lah. Yang penting "rasa" orang yang nak dok kan. Hehe. Konon amik gambo macam photographer pro la nih. Pigi dahh!! Saje suka-suka. Buat kenangan. tahun depan tak tau macamana rupa plak. Manusia, well.

Jom ke dapo plak. Tempat aku selalu masak megi kari tengah malam kalau nak mentong. Haha. Orang kata nak masak kena ada feel kan baru masak sodap walaupun masak megi kari. Megi je pun. Ada korang kesah! Hehe.




Oleh kerana dapo ni pun comel je walaupun dah extend sampai habis boundary so isi rumah pun kena yang fit juga lah. konsep warna : merah dan hitam. Hitam kan menawan. Haha. Mix n match je lah. Dapat juga yang sesuai. Makan hari juga nak cari meja makan tu. Hehe. Kebetulan ada warna yang match plak. Cukup lah untuk kami 3 beranak nih.


p/s : Kadang untuk memiliki memang "mudah" tapi untuk mengekalkan sesuatu adalah perkara yang sukar.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top