Cuba Untuk Tidak Bersedih...

Hmmm...sudah beberapa hari tidak memblogkan diri. Macam yang aku kata khamis lepas, masih belum ada mood untuk semuanya. Tapi, bila difikirkan balik kalau aku asik dok termenung lagi la aku jadi bertambah tak ada mood kan. Terkenang arwahnya. So, untuk itu macam-macam benda la aku buat sepanjang minggu ni selain menyibukan diri dengan rutin kerja aku yang ntah apa-apa ni. Haha. Dapat subcon sengallll. Geram guen. Wachhhaaa....baru tau.

Ok, kita citer lain la. Kebetulan plak pakcik wife aku sekeluarga datang dari Keyy Ell tumpang tido umah aku 1 malam sebelum nak berangkat ke Universal Studio kat Singapore tu, sabtu lepas la. So meriah la sikit kan. Nak ikut pasport tak amik lagi. So dok diam je la. Ditambah plak dengan majlis kenduri kahwin. Terhibur juga la hati ni. Yang lagi best semua kaki jalan, so nak tak nak kena la jadi pemandu pelancong kaannn..ok apa. So tempat pertama di tuju tempat ni la. Pameran coklat kat Danga City Mall. Lepas kenyang makan nasi minyak, kenyang makan coklat la plak kita orang ni. Pergi setiap booth dapat merasa coklat free. Besttt. So take some picture la, tapi tak banyak coz dok sibuk makan coklat free kkkaaaannn....

Tak ramai orang sangat maybe orang JB ni tak berapa mesra dengan seni coklat ni kot. Tak apa la kan, aku dapat makan coklat free banyak, kalau ramai orang mungkin tak merasa kot. Tu la hikmahnya. Hehehe. (abang baju kuning perasan hencem la tu)


Hambek ko...macam-macam kaler dan bentuk. Ni kalau bawak budak ni bleh kering poket dan dompet abah. Hehe. Sebenarnya banyak lagi yang menarik cuma aku macam ye tak ye je nak amik gambar kan. Nanti kata curi kreativiti diaorang plak. So amik curi-curi ni.


Yang ni paling aku suka. hehe. Ada anggur, strawberi dan mashmellow, betul ke ejaan ni? gasak. Aku dah lama nampak menda ni, tapi tak pernah cuba try test lagi. So, den torai la.


Uish...rasa macam nak tonggak je coklat tu. Hahaha. Celur kak jangan tak celur, kasi lebey la sikit. Lebih ke sikit? lebih..lebih...Huhu.


Ni la hasilnya. Penangan Dato Siti Nurhaliza, Strawberi n coklat. tapi ni ada anggur la. Hehe. Apapun aku lebih suka anggur la. Sodap nya. terbayang suda.


Pulok yang ni lagi best. tak sampai hati den nak tolan coklat ni. Cute bebanget nih. So aku letak je la kat atas meja wat perhiasan. Kok nanti kalau dak kelapoan sangat bleh juga wat alas pewut. Wakaka. Wat to do, kamu memang comel tapi bila dah lapo banget nanti bersedia la ye. Grrrr...




nota kaki cagu : uish kalau ikut hati guen tak nak kuar dari expo ni. haha.
jawapan - guen pong...tapi nanti muak gak. huhu.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top