Isnin...Permulaan Minggu Yang Agak Memenatkan...

Macam entry di atas, permulaan minggu ni memang agak memenatkan dan menduga kesabaran aku. Macam seyes je bunyinya kan. Mana taknya, awal-awal pagi lagi dah bergerak ke site kat simpang renggam sana. Tak la jauh sangat tapi sejak dari minggu lepas dah 3 kali aku ke sana hanya untuk memastikan segala kerja mengikut kehendak dan spec. yang patut dipatuhi. Dan hari ni adalah hari untuk inspection bersama pegawai yang bertugas. 

Hmm...tak senang duduk aku sepanjang perjalanan. Mana taknya, last datang site masih belum mencapai tahap yang diinginkan. Ketika ni aku berserah saja. Tapi kepala aku tetap berpusing untuk menduga soalan-soalan yang akan keluar daripada mulut en. pegawai yang datang nanti dan pastinya merangka jawapan untuk jawapan soalan tersebut. Bleh ek gitu. Tension sungguh. Seperti yang aku jangkakan, keadaan di site memang mengecewakan aku. Sungguh kecewa. Bila aku dah kecewa, en. pegawai lagi la kan. Tapi Tak apa la, hikmahnya, banyak benda aku belajar hari ini dan yang paling aku tak sangka, en. pegawai yang memang dikenali sebagi seorang yang tegas dalam menjalankan tugas begitu tenang hari ni. Aku bersyukur sangat walaupun berkeping-keping komen dia bekalkan untuk aku. Huhu. So, kena return balik la minggu depan. Testing gua reject. Uwaaaa....




nota kaki cagu : tak apa la...yang buat kerja pun manusia kan, tak sempurna...
jawapan - cuba sedaya upaya...learning process kan...think positive...

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top