Tak Agak...

Demi untuk menjadi warganegara yang baik la kan, ye la, dah kena saman kena la bayo. Dah memang salah. Hehe. Tu pun tunggu ada diskaun la baru nak bayo. Punya la ramai manusia. Haa...hambek ko. Larat ke nak tunggu ni. Ada 351 orang lagi sedang menunggu sebelum giliran aku. Masa ni jam menunjukkan pukul 11.49 a.m. Aku ingat sempat la kan walaupun aku sedar kebarangkalian nak sampai turn aku tu ntah bila. 

Memang tak la. Tak sanggup aku. Hari Jumaat plak tu. Silap hari la aku datang ni. Bersesak orang nak langsaikan saman-saman mereka. Ye la, Mana taknya, kaunter buka satu je untuk bayaran saman. Tak patut betul la diaorang ni. Pada aku la, kalau dah tau nak bagi diskaun tu patutnya sediakan la kaunter tambahan. Macam tak faham plak yang orang Malaysia ni memang suka perkataan "diskaun" tu kan. Betul tak? Memang la berduyun yang datang. Hampagas.




nota kaki cagu : sape suh kena saman?
jawapan - ermmm...ermmm.....

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top