Kami Pasti Merinduimu...Abah...


Kasihilah ayah ketika ada. Buat yang sudah tidak mempunyai ayah, ingat, tidak terputus amalan seseorang yang sudah meninggal dunia melalui doa anak yang soleh. Berdoalah selalu kepada Allah akan kesejahteraan ayah (dan ibu) kita di sana... Mudah-mudahan doa kita dimakbulkan Allah. Dalam hadis riwayat al-Hakim, Nabi s.a.w. ditanya, oleh seorang lelaki dari kalangan Bani Salamah, Wahai RasulalLah apakah masih ada peluang bagiku berbuat baik kepada ibu bapa selepas kematian mereka? Jawapan Nabi s.a.w. : Ya! Berdoalah untuk keduanya, memohon keampunan untuk keduanya, menunaikan janji mereka, memuliakan teman-teman mereka, menjalinkan silaturrahim terhadap kerabat mereka" 
( 21/ 7260 ) Cet th 2002 dar al-Kutub al-Ilmiyyah.

Kini, abah telah tiada. Perginya tiada kembali. Walaupun perginya begitu dan tanpa diduga, percayalah abah, emak dan kami adik beradik meredhai pemergian abah. Pastinya kami teramat merindui abah, kami rindukan gelak tawa abah, rindukan gurauan abah, rindukan nasihat abah, rindukan kemarahan abah, rindukan deruman motosikal abah dan segala-galanya tentang diri abah. Sesungguhnya kami begitu terasa pemergian abah. Bukan kami sahaja malah, semua kenalan abah. Kami rindukan kasih sayang dari abah. 

Kini, kami memerlukan semangat dari abah untuk menjaga emak. Kami akan sedaya upaya berusaha untuk menjaga emak. Kami berjanji akan cuba melakukan yang terbaik untuk emak kerana kami tahu, emak lebih memerlukan kami disaat ini dan hari-hari yang akan mendatang. Kami tidak sanggup melihat air matanya terus bercucuran. Berikanlah kami kekuatan Ya Allah. Kami juga akan berusaha meneruskan legasi keturunan kita, insyaAllah. Abah, kami akan sentiasa mendoakan agar abah sentiasa tenang di sana bersama-sama dengan orang yang beriman.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada masyarakat setempat, saudara mara dan sahabat handai yang begitu mengambil berat terhadap keluarga kami sehingga semuanya berjalan dengan baik dan lancar, Alhamdulillah. Bersyukur kami di atas kehadratmu Ya Allah. Hinggakan suasana sekeliling juga seperti bersedih diatas pemergian abah. Menurut kata "sahabat" abah, bahawa abah dilahirkan pada pagi Khamis di waktu hujan lebat turun, sebab tu arwah atuk Yusop menamakan abah, Misdan (Khemis + Udan = Misdan), dan begitulah jua keadaannya dan suasananya bila ayah pergi, hari Khamis, 6:20a.m. (09 Disember 2010 / 03 Muharram 1432H / 60 Tahun) dan ikuti oleh hujan lebat. Indah sungguh kekuasaanMu Ya Rabbi.




: teruskan usaha meneruskan legasi keturunan kamu, Anang Kesuma.
: pastinya, setelah abah pergi baru kami jelas tetang siapakah keturunan kami. terima kasih kepada Puteri Anjasmara dan "sahabat" Allahyarham abah yang lain atas kesudiannya menjelaskan semuanya.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top