Agi Idup Agi Ngelaban Bhgn. 1

Macamana nak mula ni ek. So hari ni aku masih lagi bercuti macam yang aku cakap pada entry yang lepas la kan, ngalahkan staff syarikat yang bawa pergi bercuti ke Sarawak weekend lepas ni. Hehe. Cuti pun bersebabkan. So, rilen je la kat rumah ni. Kasi segar sikit badan yang sakit-sakit dok kerana berjalan tak hinggat kan. So far, memang seronok la melawat ke Sarawak ni walaupun ni dah kali ke-2 aku ke sana. Lama dah tu kan. Pendek kata, pergi 3 hari 2 malam memang la tak cukup nak pusing area kuching dan sekitarnya, Lagi la nak ronda 1 Sarawak kan. Luas tu kan, negeri terbesar kat Malaysia.


Ni nak kongsi la apa yang terdaya masa aku kat sana. Sebab dah penat berjalan kan, kadang nak tangkap gambar pun dah tak larat. So mana yang terdaya je la sempat amik gambar. Banyak sangat tempat yang menarik kat sana lagipun. Berkejar masa turun naik bas persiaran tu. Ramai juga la yang mengeluh tak puas. Nak buat macamana kan, schedule kena ikut. Penat-penat pun, gagahkan juga. Lagi la pergi tempat yang boleh shopping kan. Hilang penat semuanya. Ehem, aku tak la kan. Biasa-biasa je. Hehe.

Ada lagi di muka 2 ye...

Kesele Awake.....Nasib bek Dah....

Alhamdulillah...selamat juga sampai rumah ni. Erm...hari ni ke Muo lagi coz tengok site. Progress, so slow. Tak apa la kan, at least aku sempat nak bernafas lagi. Saja ronda site hari ni sebelum berangkat ke Sarawak Jumaat ni. Coti sampai la hari isnin. Dapat rest sikit kan. Pergi negeri orang. Jalan-jalan cari ilham. Walaupun menumpang kasih ihsan orang. Hehe. Namanya pun rejeki kan. Nak harap company sendiri bawa, tahun ni dah masuk 3 kali buat janji-janji manismu. Lepas ni bolayan la jawabnya. Semua dah jengkel. Hahaha. 

Haa..nasib baik, baru teringat yang road tax & lesen memandu aku dah tamat tempoh. Boleh serentak pulak tu. Nasib baik buat persiapan awal. Kalau tak kompom aku terlupa dah. Jalan terus je ke Muo tadi kalau tak ada lesen & road tax kan cari bala namanya tu. Tapi line agak clear juga tadi. Cuma nampak en. polisi buat speed trap je kat area Sedenak tadi. Nasib baik hari ni aku jadi pemandu yang berhemah. Ikut peraturan je. paling laju pun 111km/j je...kalau kena juga aku tak tahu la nak cakap apa kan. Kita kasi bakar...bakar...hehehe...

Cantik pulak warna road tax kereta sekarang ni kan. Merah ke maroon ni, ke merun....hik. Haa..kan sama tu tarikhnya. 23hb Mac. Lesen pun sama 23hb Mac juga. Sedihnya dekat sama tarikh juga nak ke Sarawak ni. So, faham-faham je la ek. Bajet dah kurang la nak berbelanja kan. Hehe. Ala, lagipun bukan apa-apa sangat kat sana kan. Tak la nak bershopping sakan sangat. Dolan-dolan je. Yang penting, ada makan. Haha. Nak shopping sok masa pergi Bandung & Jakarta bulan Julai nanti. Macam tak sabar plak la. Lagi-lagi coti. Best.

Apapun yang penting kena settle down dulu kan. Kuda ni nak kena gerak hari-hari. Kang tak ada kuda ni patah kaki plak nak cari rejeki. Nak merayap pun sushah nanti. Lagi sushah kalau kena saman sebab tak ada lesen dan cukai jalan kan. Mengeluh lagi nanti. Tak elok. Mudahan dimurahkan rejeki lagi. Bukan apa, kadang-kadang kita ni asik mengeluh tentang menda yang kita tak ada. Yang nikmat depan mata ni terhalang pulak pandangannya. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Nasib Baik....


On the way balik dari opis tadi sekali entah dari mana kat hi way Pasir gudang tu ada plastik beso dan panjang berterbangan. Try nak elak tapi tak sempat plak. Elak kang membahayakan pengguna jalan raya yang lain plak. So, nak tak nak aku main langgar je la...tengok side mirror & cermin pandang belakang tak nampak plak plastik tu. Kompom dah melekat kat kereta aku ni. Nak berhenti kang lagi susahkan orang lain yang guna hiway tu. So aku nekad je la teruskn perjalanan. Sekali start dah rasa tak sedap hati aku berhenti juga kat lorong kecemasan la. Cek punya cek sekali plastik tu dah terselit kat rim sukan kereta aku ni. Berbelit-belit. Tapi nasib baik kat kereta aku ada multipurpose kit. Hehe. Potong punya potong, nasib baik boleh leraikan balik plastik tu. Lega rasa. So tak ada apa yang serius sangat cuma ada saki baki yang dah terlekat kat break pad tu tak dapat nak nolong la. Hope hilang sendiri je nanti kan. Nak amik gambo masa plastik tu tengah melekat tadi tak sempat sebab nak cepat kan. lagipun kat tepi jalan. Tak bleh lelama. So semua selamat. Alhamdulillah.

Cik PyaYang Semakin Notty....Banget...


Ni la muka bodak paling nerekel a.k.a nakal a.k.a notty yang amat di kala ini. Haha. Sian Pya. Pantang nampak. nampak apa? terutama makanan. Nak mengunyah je. Ais krim, nasi, asam pedas, apa lagi...asam, air batu dan macam-macam lagi la semua dia telan. Tak bagi siap la buat aksi stunt guling-guling macam kena dera yang amat. Ni tengah makan ais krim mc flurry oreo mcd la ni. Tak sempat nk suap mulut sendiri kalau dia dah ngadap. Kena suap kat dia je la. Kedekot plak tu. Haha. 


Aksi bodak notty yang apabila permintaannya tidak dilayan. Menjegil dia. Haha. "Nak..nak..nak agi...dap...dap..." Ala Pya pada kamu semua sedap kan. Apapun kerenah kamu pasti kami akan tetap tersenyum. Nak marah pun tak jadi bila buat muka kesian dia. Pandai betul amik hati. Sok kalau dah beso notty lagi, kasi babab aje. Apapun kami menumpang kasih saja la ye cik Pya. Huhu. Dah la rambut tak tumbuh-tumbuh. Ntah bila nak lebat agaknya. Dah nak masuk 2 tahun dah ni.

Daripada Tak Apa...Baik Aku...



So....hari ini, petang ni aku bersendirian lagi di rumah. Lepas aku hantar wife aku ke majlis annual dinner company dia di Goodhope Hotel dalam kul 3 lebih tadi, aku dok fikir-fikir dari aku tak ada buat apa dan lebih baik dari menidurkan diri adalah lebih baik aku mengemas rumah seadanya. Agak lama juga rumah ni tak berkemas. Ye la sibuk ke sana dan ke mari, rumah pun macam terbiar je kan. Aku tengok pun macam dah tak ada selera. Hilang harmoninya, Lagi la rumah ni agak berusia kan. Huhu. Bayangkan je la. 


Aku pun malas nak berlengah, sampai je rumah, buka itu dan ini, cari uniform yang sesuai, teruslah memvakum, menyapu, menyental, mengemop dan yang sewaktu dengannyalah. Huhu. Tengah syok-syok vakum karpet sekali vakum tersumbat plak. Sekali aku pun buat-buat pandai la operate vakum yang makcik aku bagi ni. Sekali "POOF". Mak ai, berabuk muka aku kena debu yang ntah bertahun lamanya berhebernisasi dalam vakum tu. Macam-macam khazanah ada dalam tu. Haha. Memang penat tapi aku puas. Keretaku, kamu punya turn pagi esok ye?




nota kaki cagu : haaa..dah kena debu a.k.a habuk tu bersiap sedia je la malam ni ek...
jawapan - ni pun macam dah terasa, tapi hope-hope ok je la...

Permata Yang Dicari


Sekadar Hiburan Di Pagi Jumaat Yang Terasa Heningnya

Salam Jumaat...Doa Untuk Hari Ini...

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berhajat kepada sebarang rezeki anugerah serta pemberian yang engkau berikan.” -Doa Nabi Musa-

Hujan yang turun melimpahkan rahmat. Makanan yang baik dan halal membawa berkat. Perniagaan yang maju mengurniakan nikmat. Zuriat yang baik mendoakan kebahagiaan di akhirat.

Meski rezeki setiap manusia sudah ditentukan Allah, usaha perlu dikerah, berserah jalan terindah. Pintalah dengan penuh kerendahan, pasti Allah sedia mengabulkan.

Cup..Cup...Khamis Dah Ke?

Minggu ni aku rasa cepat betul masa berlalu. Pejam celik dah hari khamis. Tak sabo plak nak tunggu hujung minggu. Dapat rest. Minggu ni nampaknya banyak kali aku pulang agak awal ke rumah. Mana tak nya. Dari site kan, so mim alif lam sim nak patah balik semula ke opis. Macam buang masa plak. Nak redah jem lagi. Hmm..ni alasan ke apa ek? Ada betulnya juga kan. Sampai opis dah dekat waktu nak balik sure tak buat kerja punya. Penat tak hilang dah time balik plak. Drive lagi. Redah jem lagi. So, balik umah je terus. Tu yang rasa singkat tu kot minggu ni. Banyak masa kat luar. So, esok hari Jumaat stay opis lagi baik. Tak la hanggit badan bila ke masjid. Tak gitu.

Suram Suasana Di Kantor Hari Ini...

Huarghh...malasnya nak naik kerja bila dah bercuti ni kan. Tapi, wat to do, tak ada kerja, tak ada gaji. Lain la kalau jutawan kan, jutawan fakir. Hehe. Sampai je opis tengok muka membe ni muram je, suasana plak suram je, sunyi je. Kalau ada cengkerik dah berkeriut bunyi ni. Boleh sakit telinga mendengarnya. Mujur tak ada. Cuma yang dengar dengusan bunyi air cond dan bunyi keyboard dek kerana ada staff yang pagi-pagi lagi, dah balas komen kat facebook. Haha.

Sekali ada pulak khabar berita yang kurang menyenangkan bagi sesetengah staff yang datangnya sudah tentu dari pihak pengurusan. Hmm...sudah pasti ada yang tidak senang dan juga tidak bersetuju bahkan tidak berpuas hati. Itu dan ini. Menambahkan lagi kesuraman. Masing-masing memendam rasa bagai. Termasuklah aku pada awalnya. Tapi bila difikirkan balik, rejeki masing-masinglah kan. Usaha mereka lebih sebelum ini, maka dapatlah lebih sekarang walaupun masih baru. Kita ni bukan dari golongan yang bijak pandai macam mereka yang belajarnya tinggi tapi belum melangit lagi lah kan. So, mereka deserve lah.

Siapalah kita nak menidakan. Belajar pun tak tinggi mana. Kan bezanya kat situ. Caranya pun berbeza. Tapi tinggi juga apa. Sekolah kat Bukit Naning tu dulu. Penat kayuh basikal jaguar yang mak aku belikan dulu naik bukit tu. Hehe. Kan tinggi tu.....kan? Apapun terasa hati memang tak dapat dielakkan. Maklumlah, orang lama kat sini kan, mudah terasa. Nama pun manusia yang punya hati dan perasaan. Tapi dari asik memikirkan tentang itu dan ini yang menyakitkan, baik kita tenang-tenang dan menerima seadanya. Dah rejeki kita begini buat masa ni. Esok lusa tak tahu lagi kan. So, pakatan pembangkang, dismiss. Hehe.




nota kaki cagu : terasa juga awalnya...tapi kenalah terima...
jawapan - itu sebaiknya...kan lega...dah tak terasa pong...

Jom Balik Kampung Lagi...


Sempena 100 hari pemergian arwah abah, mak becadang untuk membuat kenduri doa selamat pada malam isnin ini (13hb Mac 2011). Sepatutnya, kalau dikutkan hari sebenarnya jatuh pada hari khamis 17hb Mac 2011. Ye la, memandangkan semua anak-anaknya bekerja so mak buat keputusan untuk mempercepatkan majlis tersebut setelah meminta pandangan dari adik beradik, sedara mara dan anak-anak. Sebagai anak, aku follow je mana yang baik.

So, petang ni dalam lepas Asar kami bergerak la. Menumpangkan cousin aku sekali. Sian dia, baru amik kereta vios baru2 bulan lepas dah eksiden. Teruk plak tu...keretanya la..Alhamdulillah orangnya selamat. Then, malam isnin tu juga la aku kena bergerak semula pulang ke Johor Bahru coz wife aku tak dapat cuti hari isnin tu. Aku? cuti la. Hehe. Selamber je la. hmm, lama dah tak drive malam ni so hopefully mata ni tak kalah la kan dan semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Mudahan.

Devastating Tsunami Hits Japan...Subhanallah...




Ianya telah datang lagi, kali ini di Jepun pula. Harapnya, tidak ramai yang terkorban seperti  yang pernah berlaku pada tahun 2004 di Banda Aceh. Apapun kita perlu selalu bersyukur yang negara kita terletak jauh dari garisan gempa bumi. Tapi siapa tahu kan. Kun Fayakun Allah s.w.t. Bersedia sahajalah.

Hari Ini, Dalam Sejarah...Hahaha...


Sebelum menulis lebih lanjut, aku nak ketawakan diri aku sendiri. Hahahaa....Ha. Cukup. Ape la nasib hari ni. Kelako betul. Apa yang kelako, ni la nak citer. Pagi tadi punya la rancang dengan partner ni la coz nak pergi site sekolah kat Simpang Renggam sana. Cadangnya kuar awal sebab nak sampai awal la ke sana. Boleh tahan juga la jauhnya. Kawasan perkampungan. Jauh ke dalam. Kiri kanan nampak kebun dan pokok kelapa sawit je. Silap hari bulan nampak ulo sawo plak. Hehehe. Tapi so far tak pernah la nampak. Jangan la ye. Ye la, nak datang awal sebab hari ni Jumaat kan. So masa agak terhad.

Nak dijadikan cerita, borak punya borak dalam kereta kat hi-way tu kan, cerita punya cerita, ketawa punya ketawa, umpat punya umpat, tengok eksiden lagi. Sambung cerita gelak tawa, tiba-tiba......ALAMAK!!! macam mana boleh dah sampai simpang MACHAP ni??? Aduyai...macam mana bleh tak perasan yang dah terlepas simpang menghala ke Simpang Renggam? Hahaha...masing-masing ketawa. Dua-dua plak tu tak perasan. Orang nak cepat jadi lambat. So terpaksala turun Ayer Hitam dan patah balik ke Selatan. Nasib baik la dalam 20km je terlajak. Aje ek....Nak lelaju kan kena saman lagi. Baru setelkan.

Tapi kan..tapi, setiap yang berlaku tu mesti ada hikmahnya kan. Sampai je sekolahyang dimaksudkan, ramainya manusia...owh ada majlis Maulidur Rasul. Cikgu-cikgi tengah sibuk siapkan hidangan untuk anak-anak murid yang comel-comel je. Apapun jumpa cikgu beso dulu kan. Menanyakan tentang aduan yang diutarakan. So lepas selesaikan semua, cikgu beso ajak makan. Nasi beriyani plak tu. Walaupun aku tak berapa gemar kan at least ada juga kan.  Cikgu beso kata rejeki jangan tolak, so kami pun makan la nyambil borak-borak dengan cikgu beso. Hmm kan rejeki tu. Kalau sampai awal nasi lum masak lagi..kaann..rejeki kami la.
Tak gitu? So think +ve la ek.

Sabtu...OOoohh...Sabtu...

Sabtu yang agak sibuk tapi still nak membloging jugak. Hmm..lepas ni kena jadi superman la. Itu nak kena buat, ini pun nak kena buat. Pergh...baru nak mok. Dah susut balik nanti ni. Hehe. Hopefully tak la kan. Company start nak bagi preassure kat aku ni. Apapun "pakatan" telah dibuat and juz go for it selagi terdaya. Nasib baik boleh kaw tim baik. Hahaha. Layan la beb.

Sejak Akhir Ini....


 Sejak Akhir Ini...seperti terasa ada sesuatu. Banyak yang datang kepada aku. Inilah yang dikatakan ujian. Ujian dari pelbagai arah dan sudut.

Macam OK Plak...


 Tomey kan...boleh dipertimbangkan ni. Myvi Facelift 2011. So, esok kalau rumah aku dah siap so kena la amik kete lagi 1 untuk wife aku. Dia plak kejauhan nak pergi keje sok. Tersasar matlamat tapi tak apa coz dapat keje yang lebih sempurna dan jauh lebih baik dari tempat lama. Alhamdulillah. Tapi kena tengok rege la kan. Kalau mampu boleh la amik sejibik warna kuning macam ni. Garang sikit. Kalau tak pun beli motor sejibik bagi je la wife aku bawa kete aku tu. Abis cerita. Jimat pun jimat. Hehe. Tapi ada ke wife aku kata kete vios aku tu beso. Tak masuk akal. Pun tomey juga apa. Kalau nak beso BMW 7 Series tu baru betul beso. Alasan la tu. Haha. Tengok la rejeki nanti macammana kan.

Bulan Mac Sudah...

Sekejap je dah masuk bulan Mac, bila la nak bulan Mei ni kan. Hehe. Nape bulan Mei, adalah..rahsia. Tak ada maknanya rahsia plak ek. Ni dah hari kedua bulan Mac. Nampaknya bulan lepas telah ditinggalkan dengan seribu kenangan tak kira la yang indah atau sebaliknya. Yang buruk jadikan pengajaran dan yang baik jadikan teladan. Itu seeloknya la kan. 


Hope kehadiran bulan Mac mendatangkan lebih kebaikan dan lebih kekayaan bukan saja dari segi wang ringgit atau harta benda bahkan kekayaan jiwa yang lebih utama.




nota kaki cagu : Aku tau apa ada dengan bulan mei nanti dan pasti bukannya besday ko kan...kan..kan...
jawapan - shh..harapnya...sabar menanti...
 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top