Malam tadi punya angkara. Last minute punya plan, menjadi juga. Bukan apa, petang semalam tiba-tiba dapat sms dari wife yang kata tiba-tiba teringin nak makan steamboat. Eh, ngidam ke apa? Tak ada la. Saje je dia tiba-tiba macam nak makan steamboat ni la. Aku ni pulak jenis yang kalau wife aku meminta sesuatu, akan menjadi terasa kesalahan yang besar kalau aku tak dapat nak tunaikan. Tapi tengok keadaan la kan. Kalau yang bukan-bukan sangat memang tak la. Kalau bab makan, aku no hal. Haha. Bukan apa, selagi celik ni kan. Buat la yang termampu.
Mula-mula wife kata tak jadi, dah tak terasa sangat nak makan steamboat. Aku tahu, dia saje tak nak susahkan aku. Padahal dah bergelojak dalam hati tu nak pekena steamboat. Kenal sangat perangai dia. Hehe. So, aku pun mula la "mengcontact" membe-membe yang pakar dalam tempat-tempat makan kat area JB ni la kan. Dah tahu dah orangnya. Kalau sebut fasal makan memang dia la orangnya. Siapa lagi En. Pegawai la. Haha. So, En. Pegawai kata Onn je aku terus sms kat wife. Aku dah booking. So, dia pun tak boleh kata apa la kan. Jalan terus. Jom layan. Eh, sempat tu pagi-pagi update blog. Malam tadi ingat nak update, tapi sebab dah kekenyangan kan so bantal lebih utama. Waka..waka...
Lagi...
Sampai je membe en. pegawai dah siap-siap dah. Nama tempat ni Okid Ria kat Taman Gaya.
Tengok je terus terasa kelapoan yang mencanak. Bayar rm18/pax makan la sampai tak larat. Haha.
So, ini la En. Pegawai yang dimaksudkan. Bab nak cari tempat makan serah je kat dia.
En. Azli kita ni mesti boleh setel punyer. Nama kat fb pun Azli Punyer. Kena la tu.
Ni plak Cik Sue, Sue Tiram. Sebab dia dok kat Tiram. Bleh gitu. Terima kasih la kat Cik Sue yang membooking tempat duduk yang strategik gitu dan siap-siap dah masak k. Sampai je terus makan. Huhu. Kacau la tangan En. Pegawai ni.
Yang ini plak muka wife yang senyum kambing sebab niat untuk makan steamboat tercapai. Hehe.
Yang pakai baju hitam tu abaikan je la ek. Owner blog ni kalau dah jumpa makan memang bolayan la.
Buruk rupa plak tu. Sapa suh tak sabo. Kunyah kupang panas buat apo? kan dah buruk rupa tu. Malu.
2 comments:
bdk2 opis JB pn slalu g mkn kt cni...tp kitw xpnh g pn...xde spe nk ajk....!!!!!!agk2 dtg JB t owg tu nk blnje kite x???ngeeeee....;)
InsyaAllah kalau ada rejeki nanti bleh bawak je la..belanja kena fikir2..haha..nanti datang dgn abg azrul skali la k...
Post a Comment