Kena Jaga Qarin Hari ni...

Tetiba dah lama tak menulis blog, rasa nak buat marathon plak...hehehe...Sambil-sambil jaga Qarin, sambil-sambil main-main dengan dia, sambil-sambil tidokan dia, nyempat juga aku menulis. Hero abah gud boy la hari ni. Hehe. Tak ada menangis pun. So, lepas ibu dia pergi work sampai la ni, dah tiga kali dia masuk tido dan tiga kali juga dia "uk..uk". Minum susu banyak la ni kan. Hehe. Mo man tai, abah boleh handle. Small the pises je. Hehe. Eksen plak. Dolu lepas lahir abah dah selalu mandikan kan. So, setakat uk..uk dia tak ada hal lah. Cuma nak mndikan ada risau plak sekarang ni. Tak reti dok diam. So abah tak mandi kan lah, tunggu ibu balik ok. Qarin tak mandi pun wangi lah. Sama macam abah dia ni, pun belum mandi lagi. Hehe.

Tomey tak saya tidun??? Botol susu tak kasi orang pegang, nak pegang sendiri, lepas tu nak kena kuis-kuis telinga. Aduyai. So, kena prihatin lah kan, takut tersedak plak.

 Ni masa mula-mula dia pandai pegang botol sendiri. Uiks, Gambar terbalik plak. Ke sebab amik dari atas.

Yang ini 1st. time Qarin meniarap sendiri. Suka lah tu dia. Tapi tak pandai nak golek baring semula. Penat dia nangis. Hehe.

Bila dah angkat dia, peluang untuk letak baring balik memang susah. Suka lah tu dapat duduk. Rasa nak geget pipi dia ni lah.


0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top