Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...


Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita wajib berpuasa. Pada bulan ini kita tidak boleh makan dan minum serta tidak boleh melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar(waktu subuh) hingga terbenam matahari (waktu maghrib). Kita diwajibkan puasa berdasarkan Firman Allah dalam surah Al Baqarah Ayat 183-184. Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa  sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Sehari Di Kampung...

Memang tidak cukup rasanya kalau sehari berada di kampung kan. Apapun, memang niat untuk sambut bulan puasa kali ni di kampung. Tapi, memandangkan kompeni aku tak mengambil cuti awal Ramadhan so aku pun terpaksa membatalkan niat tersebut. Nak cuti, dah tinggal beberapa kerat je cutinya. Nak standby untuk cuti raya pulak. Yang penting mak aku faham dengan keadaan aku. "Tak kisah lah yan, yang penting balik" kata mak aku. "Nanti kalau  ada rejeki yan balik lagi sebelum raya ok". 

Di sebabkan aku sampai ke kampung pun dah agak malam, jadinya masa pun terhad. Pergi makan-makan jer. Rancangan awalnya nak hang out dengan membe sepillow, tapi cancel last minute. So, lebih baik keluar makan dengan family. Dalam pukul 3.3op.m. tadi kena bergerak balik ke JB. Nak buat persiapan untuk sahur esok. Apapun tak langsai lagi, so kena lah belanja barang dapur sikit. Tak beli apapun, janji ada sahur. Ambil hikmah bersahur tu la kan. Hope wife aku kuat lah berpose. Kalau tak kuat pun tak apa, sian baby nanti.

Sampaikan Hajat Cik Yaya...

Sebelum aku bergerak ke kampung sabtu lepas, aku luangkan sikit masa untuk Cik Yaya. Bukan apa sebelum ni dah cakap kat FB ibu dia yang sebelum pose nak belanja Yaya mamam Mcd. So, dikesempatan yang ada curi sikit waktu melayan Cik Yaya. Pergi Mcd baru buka kat Taman Setia Tropika. Makin notty dia nih. Tak nak dengar kata dah. Biasalah kan, bebudak. Kena banyak sabo. Ni kira latihan untuk aku la. Haha. Tak gitu. lagipun aku memang suka dengan budak-budak ni.

Suka lah tu dapat mamam Mcd.

Mamam nuget degan sos cili..."hammm pidas" katanya.

Tengah pujuk Cik Pyan nak main kat "peigoun" a.k.a playground. Hehe.


Mangan-Mangan n Mentong-Mentong Sebelum Ramadhan Tiba..

Perkara makan dan aku memang tak dapat dipisahkan. Ceh..semua umat memang tak boleh hidup tanpa makan kan. Apeda aku ni. Tapi tu lah, kalau bab-bab makan ni memang susah aku nak tolak kalau kena pada tempat dan seleranya lah kan. So, demi untuk menunaikan hajat orang nak belanja kan dan seterusnya mencapaikan "kengidaman" wife aku nak makan steamboat maka dengan terbuka hatinya kami pun ke 1 lokasi ni lah malam sabtu lepas. Namanya Okid Ria kat Taman Gaya, JB. Makan ramai-ramai ni memang lah seronok. Seronok bangeten lah senang cakap. Sebenarnya, aku bukan lah kenan sangat nak makan steamboat ni, gitu-gitu je lah. Ok.

Check Up For My Baby n Her Or His Umi...

Sekejap je masa berlalu, kini usia zuriat ku hampir mencecah 4 bulan. Hehe. Teruja je rasa macam nak suruh He or She keluar je cepat-cepat. Haha. Erm, sabar je lah tunggu bulan Januari tahun depan. Semasa pemeriksaan petang Jumaat lepas nampaknya kedua-duanya dalam keadaan yang begitu baik sekali. Alhamdulillah. Hope begitu lah sampai masanya kelak. 

Tup-tup dah beso dah anak abah. Hehe. Dok baik-baik dalam tu ye.

Tahan je umi dia kena amik darah. Nasib baik tak nangis. Hampir dah tu sebenarnya.

Bruno Mars - The Lazy Song...


macam aku hari ni, tak ada buat apa kat opis...majuk!!! hahaha...

Hari Minggu Yang....

Oleh kerana kepenatan berBBQ di Pantai Batu Layar Sabtu tu. Sampai rumah pun agak lewat juga. Dalam pukul 9 malam gitu lah. Pagi Ahad tu aku seperti tidak mampu membuka kelopak mata ni. Berat je, so tidak seperti biasa aku melajakkan waktu tidur ku. Hahaha. Tak lah lajak sangat. Jam 8:40 dah bangkit dok kenangkan rumah tak berkemas lagi ditambah plak kain baju yang belum berbasuh lagi. Kuatkan juga bangkit. Kalau tidak bila lagi nak buat kan. Bekalan ikan semalam tu ada lagi, so sarapan ikan bako lah..haha. 

Tengaharinya plak masing-masing mengelupur kelaparan. Sebenarnya tak berapa tengahari lah, dalam pukul 3 baru sibuk nak keluar cari makan harusnya lauk sudah habis. Haha. So, pergi lah ke Angsana. Punya lah ramai manusia. Ingat nak makan asam pedas kat situ. Sedap. Tapi habis juga. Nak tak nak makan je lah kat Kenny Rogers tu. Belasah, janji perut berisi, sian baby. Hehe. Patut lah ramai, ada orang-orang HOT FM datang buat siaran luar kat sini. Makan sebelah meja je dengan kitaorang. Sebab dah tak berapa minat kan, so buat macam tak kenal je. Haha. Sekarang suka dengar Sinar FM dengan Suria FM.

Itu semua tidak menarik perhatian aku. Tapi apa yang ada di karnival Metro ni yang menarik minat aku. Berlaku di Angsana juga. Memang sejak dulu minat aku tentang kereta ni amat ketara. So, memang pantang kalau ada Auto Show ni. Hehe. Wife aku pergi tengok baju, aku plak merayau kat sini. Hahaha. Jom layan. Antaranya lah.

Jom layan gambo lagi :

Jom Beriadah...Sambil Berkomplot..HAhaha..

Al kisahnya hari Sabtu lepas, aku dengan budak-budak office buat BBQ kat Pantai Batu Layar Kota Tinggi sana. Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan cumanya ramai yang tak dapat nak join pada saat-saat akhir yang memang dah dapat aku jangkakan. Biasalah orang kita ni kan, bila merancang semua bersungguh-sungguh. Bila sampai waktunya mula lah macam-macam hal. Kami merancang pun tak lama. Seminggu lepas start planning. Terus jadi, lagipun masing-masing saje nak lepaskan ketensian dengan apa yang berlaku dalam organisasi syarikat. Kompeni tak ada buat, bio kita buat sendiri. Huh, sudah lemas dengan janji-janji manis mu. Haha.

Ermm, kami merancang secara senyap-senyap supaya bos beso tak tahu. Sebenarnya mereka ni dah merajuk dengan bos beso. Sebab tu tak nak ajak. So, yang bestnya 2nd bos siap berkomplot sekali. Haha. Senyap-senyap menyimpan dan menyeludup segala macam hidupan air di dalam office. Bos pun macam dah terperasan juga lah. Apa menda yang bebudak ni dok berbisik-bisik, lepas tu bawa kotak beso-beso. Haha. Sebenarnya ni lah salah satu cara nak bagi bos sedar sikit yang kitaorang ni tengah majuk. Haha. Boleh gitu. Apapun selepas waktu kerja hari Sabtu tu terus kami berkonvoi ke Pantai Batu Layar tu. Tak banyak, tiga kereta je. Yang join pun tak sampai 10 orang.

Jom, kita mulakan cerita bergambar :

Gue Terjebak Juga....

Hmmm...ehem...aduyai, entah macamana ikut kata hati akhirnya aku tewas dengan kehendak hati. Haha...tak apa lah, lagipun dah lama ngidam kan, so ada rejeki lebih sikit kasi angkat satu lah. Alhamdulillah, dapat merasa lah juga.

SGT!!! yeay...3G + WiFi...untuk diri sendiri. Kira reward untuk diri sendiri lah.

Dan untuk wife bagi mengelakkan baby ngences. Samsung Galaxy Mini. Boleh lah.

Patutlah...

Sejak seminggu dua lepas, aku agak kerap bermimpi tentang arwah abah. Kadang terfikir juga, apa agaknya yang hendak disampaikan. Atau cuma mainan tidur. Yep, aku akui memang merindui dirinya. Mungkin aku terbawa-bawa dalam tidur. Setiap kali bermimpi tentang dirinya pasti kami berpelukan. Owh, baru aku tersedar yang sudah agak lama aku tak menjenguk kubur arwah abah. Selalunya setiap seminggu sekali aku pasti akan menjengguk kubur arwah abah bila urusan aku di tapak bina di Muar sana selesai. Tapi sejak 2 bulan lepas aku tak sempat menyinggah. Kebetulan hari ni aku ke Muar lagi, terasa mula tidak sedap hati untuk terus pulang ke JB. Walaupun waktu sudah agak lewat, aku tekad juga untuk menjengguk kuburan abah. Alhamdulillah, bertambah baik keadaannya. Hajat mak dan hasrat anak-anak telah ditunaikan. Terima kasih lah kepada Bapak Herwan a.k.a abang aku dan adik beradik serta ipar yang lain kerana menguruskannya. Aku cuma bantu yang mampu dari jauh. Ye la, aku sorang anak abah yang merantau. Jauh sikit je dari kampung.

Alhamdulillah siap dah.

ketika aku baca ni, tetiba air mata aku mula mengalir disebalik ray ban aku.
AL-FATIHAH

Salam Nisfu Syaaban...

Malam ni selepas Maghrib Jawatankuasa Masjid Al-Mutaqqin belakang rumah aku akan mengadakan majlis membaca Surah Yasin sempena malam Nisfu Syaaban ni. So, saja berkongsi sedikit ilmu tentang Bulan Syaaban ni sebagai panduan untuk kita.










Sempena bulan Syaaban dan malam Nisfu Syaaban, saya nukilkan beberapa hadis dari kitab Sahih Al-Bukhari dan kitab Al-Mutajir Ar-Raabih fi thawab Al-Amal As-Soleh karangan Al-Hafiz Ad-Dimyaty. “Nisfu” bermakna separuh atau 14hb. Kitab Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim adalah rujukan paling utama dalam Islam selepas Al-Quran.

Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).

Muaz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, dari Hisyam bin Yahya, dari Abi Salamah, bahawa Aisyah ra meriwayatkan kepadanya dengan berkata, “Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam satu bulan lebih banyak dari bulan Syaaban. [Nabi saw berpuasa bulan Syaaban semuanya - lafaz Al-Bukhari]. Nabi saw bersabda, “Beramallah dengan mengikut kemampuan kamu, kerana sesungguhnya Allah tidak akan jemu sehingga kamu yang jemu (dulu – pent)”. Aisyah ra menyambung,“Solat yang paling disukai Nabi saw ialah solat yang dikerjakan berterusan walaupun sedikit. Adalah Nabi saw apabila solat, dia mengerjakannya secara konsisten” (Hadis Sahih No. 1970 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra.  berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).
Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

Tazkirah Hari Ini...Penting Ni...

Mengurus harta sebelum, selepas kematian



Keluarga perlu sepakat memudahkan pembahagian, elak proses ambil masa lama 
MENGURUSKAN harta dituntut Islam dan dalam konteks lebih luas, menguruskan harta boleh dibahagikan kepada dua keadaan, mengurus harta sebelum kematian dan selepas kematian. Mengurus harta sebelum kematian lebih serius berbanding mengurus harta selepas kematian.

Biasanya individu menguruskan harta mereka sebelum kematian dengan cara menguruskannya sendiri atau melantik ejen bagi menguruskan harta mereka yang mana ia dilakukan secara sukarela berikutan kepentingan peribadi.

Pengurusan harta sebelum kematian dipandang serius kerana seseorang itu semestinya punya kepentingan atas harta mereka sendiri. Juga faktor individu itu mengetahui semua maklumat, dokumen dan nilaian harta dikumpul. 

Berbeza keadaannya bagi menguruskan harta pusaka orang yang sudah meninggal dunia. Waris menganggap ia sebagai beban. 

Hoho...Tetiba Lagi...

Nak dijadikan cerita, pagi tadi dapat panggilan mengejut dari Main Con. aku untuk projek dewan kat Muar tu. Ye, memang minggu lepas dia dah bilang yang hari ni akan ada meeting berkelompok untuk projek-projek dewan area Muar. Tapi tak kompom tempat dan masanya lagi. Erm, salah aku juga tak follow up dengan dia. Aku wat derk je lah. Tapi tiba-tiba rasa tak sedap je. Fikir aku "Tak ada meeting pon tak apalah, aku pergi site aje lah, tengok keadaan kat sana." kot-kot kalau tetiba ada meeting aku dah kat sana. Kalau meeting pon biasa dalam pukul 2.oop.m. Plan macam tu lah. Jam masa tu dah pukul 10.15a.m. Ada masa lagi nih, sempat sangat lah. Boleh pergi ngeteh kat Machap dolu nanti.

Saje pelan-pelan gerak. Sekali tengah nak isi minyak dapat lah call. "Erm Pyan, kat mana ni" Jawab aku "On the way ke site (nak sedapkan hati beliau walaupun baru kuar opis)" Kata beliau lagi "Haaa...elok lah tu nanti terus ke Sekolah Bukit Pasir ok, meeting pukul 11.30a.m." Aje gila!!! bila tengok jam dah pukul 10.30a.m., aku ada masa 1 jam je lagi. Uwaaa...apa-apa'an sih. Bikin ribut nih. Gua pun tak berlengah tanpa memikirkan masa depan terus memecut macam kena kejar dengan macan. Haha. Tak toleh belakang pun cuma tengok cermin pandang belakang kot-kot ada Evo I0 milik Polis Diraja Malaysia mencocok dari belakang. Naya aku. Nasib baik tak ada. Huh, lega. Saman ekor?

Layan aje lah :

Entah Kenapa..Tetiba Jer...

Pada mulanya, aku ingat nak je biarkan kereta aku ni tinggi macam galah. Tapi disebabkan kestabilannya berkurang, bergoyang macam menari dangdut. So, aku ambil keputusan untuk "meloweredkannya" kembali. Dan sepekara lagi, 3 dari 4 biji rim sukan aku dah bengkok, tu yang jadikannya lebih tak sedap bila dipandu. Rasanya kena tukar baru ok. Bukan rasanya tapi memang kena tukar lah. Hehe. Tukar rim sukan ye bukannya tukar kereta.

Spring sukan inilah yang aku guna dulu. Akceli bukan lah keras sangat. Agak selesa. Cantik pun ye. Hik. Juz pakai balik semula je. Wife aku pun setuju. Dia pun tengok kereta aku dah macam pajero. Tinggi melambung. Jadinya, tak semena-mena tengahari tadi dalam pukul 12.30p.m. aku terus keluar ikut kata hati ke Batu Pahat meninggalkan wife aku di rumah berbekalkan ayam goreng Mcd. Wife malas nak ikut takut boring nanti. Terus menuju ke kedai rim sukan.

Sampai je di BP, encik pegawai telah pun menunggu. Kebetulan dia ada kat sana, maklumlah kampung dia. Haha. Kan aku cakap encik pegawai memang perihatin bab-bab macam ni. So, pilih punya pilih dapatlah 1 design yang berkenan di hati selepas diracun oleh salesmen kedai tersebut termasuklah racun sampingan dari encik pegawai. Tak buang masa, "kung klang kung kling" pun bermula. 2-3 jam juga lah menunggu. Dan akhirnya.

Siap. Hehe. Serba hitam. Hitam kan menawan. Aku dah dapat agak yang wife aku mesti tak suka punya. Tapi aku dah pasang nak buat macamana. Hehe. Konsepnya senang je, "pandangan lelaki amat berbeza dari pandangan wanita" dan jangkaan aku memang betul. Sampai je rumah dah kena komplen dengan wife. Dia kata macam kereta orang gengster. Haha. Dalam hati aku, "biar nampak gengster tapi hati cute". Huhu. Apapun aku suka dengan new look kuda aku ni. Full stop.

Kepulangan...Penat Tapi Syok...

As salam...kembali lagi dalam arena bloging yang telah lama ditinggalkan jauh sampai ke Bandung Indonesia. Jangan tak tahu kat sana jari jemari ni gatal je nak tekan keyboard laptop. Tapi sayang tertinggal kat rumah. So, tekan butang kamera je lah wakil bercerita dalam bentuk gambar. Apapun perjalanan ke destinasi kami bermula pada hari Ahad jam 9.45a.m dari LCCT KLIA menuju ke Bandung Indonesia dan sampai di Bandar Husien Sasteranegara International Airport pada pukul 10.45a.m (waktu sana lah) sebenarnya perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam, tapi di sebabkan waktu sana lewat 1 jam dari kita so, pandai-pandai lah kira waktu ok. Hehe. Alhamdulillah, selamat sampai. 

So, lets begin the journey lah. Secara peribadinya, inilah tempat or negara paling jauh pernah aku sampai. Merasa juga kembali ke tempat asal nenek moyang. Hehe. Tiba-tiba bila sampai di sana semua telah terswitched jadi orang indon plak. Tiba-tiba bertukar bahasa. Bukan apa, orang kita ni kan pandai bawa diri. Orang kata, "masuk kandang kambing, mengembek dan kalau masuk kandang harimau, kena mengaumlah kan." Macam tu lah gamaknya. Walaupun bahasa mereka tak jauh beza dari kita, kadang-kadang slang dia orang buat kita orang hilang arah jap. Boleh gitu. Kena ulang 2-3 kali baru faham. Kira sama lah macam tempat kita ek. Ada slang melayu, jawa, banjar, kelate, terengganu dan lainnya lah.

Nak Jalan Jauh Ni...

Nampaknya harinya telah sampai. Alhamdulillah panjang umur lagi. Erm, cuma belum jejakkan kaki kat sana je lagi. Harapnya terlaksana lah. Ada rejeki lain plak nanti bleh pergi umrah kan. kena seimbangkan lah. So, hari ni bersiap apa yang patut. Pakcik dah pesan jangan bawa baju banyak-banyak. Beli kat sana je nanti. Kalau boleh yang dalam sekali. Apa ke gila pakcik aku ni. Haha. Agak-agak lah. Itu strategi nak kurangkan berat bag lah. Nantikan nak shopping banyak. Aduyai, tak adalah nak shopping sangat pun.

Apapun, petang ni lepas kerja kenalah bertolak ke Kajang. Esok flight pukul 9.45a.m. dalam jadual lah. So, kereta kena servis. Buat apa yang patut dan lagi sekarang ni aku kena tinggikan lagi kereta aku. Sebelum ni aku pakai sport spring kasi lowered lah. Kasi nampak cun. Tapi dengan keadaan wife aku tengah di awal pegnen ni, agak kurang selesa lah bagi dia. Agak keras sikit je. So kena lah aku jadikannya kepada keadaan standard semula selama 9 bulan 10 hari. Hehe. So kena lah perli dengan Azli. "Wei, kereta ko nanti tinggi macam galah lah, langgar buah kelapa pun tak ada hal...haha" sungguh kurang asam statement itu budak. Tapi tak ada hal lah. Biasa je tu. Geli-geli je dengar. Hehe. Membe-membe gue kalau bab kutuk memang yang terbaek. Kutuk depan-depan lah. Gurau kaso namanya. Tapi tak pernah amik hati pun. Sepillow fren la katakan.




nota kaki cagu : Harapnya dengan izin-Nya, moga selamat semuanya...
jawapan - yeay, jadi jutawan segera lah aku selama seminggu...tapi belum tukar lagi nih...
 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top