Entah Kenapa..Tetiba Jer...

Pada mulanya, aku ingat nak je biarkan kereta aku ni tinggi macam galah. Tapi disebabkan kestabilannya berkurang, bergoyang macam menari dangdut. So, aku ambil keputusan untuk "meloweredkannya" kembali. Dan sepekara lagi, 3 dari 4 biji rim sukan aku dah bengkok, tu yang jadikannya lebih tak sedap bila dipandu. Rasanya kena tukar baru ok. Bukan rasanya tapi memang kena tukar lah. Hehe. Tukar rim sukan ye bukannya tukar kereta.

Spring sukan inilah yang aku guna dulu. Akceli bukan lah keras sangat. Agak selesa. Cantik pun ye. Hik. Juz pakai balik semula je. Wife aku pun setuju. Dia pun tengok kereta aku dah macam pajero. Tinggi melambung. Jadinya, tak semena-mena tengahari tadi dalam pukul 12.30p.m. aku terus keluar ikut kata hati ke Batu Pahat meninggalkan wife aku di rumah berbekalkan ayam goreng Mcd. Wife malas nak ikut takut boring nanti. Terus menuju ke kedai rim sukan.

Sampai je di BP, encik pegawai telah pun menunggu. Kebetulan dia ada kat sana, maklumlah kampung dia. Haha. Kan aku cakap encik pegawai memang perihatin bab-bab macam ni. So, pilih punya pilih dapatlah 1 design yang berkenan di hati selepas diracun oleh salesmen kedai tersebut termasuklah racun sampingan dari encik pegawai. Tak buang masa, "kung klang kung kling" pun bermula. 2-3 jam juga lah menunggu. Dan akhirnya.

Siap. Hehe. Serba hitam. Hitam kan menawan. Aku dah dapat agak yang wife aku mesti tak suka punya. Tapi aku dah pasang nak buat macamana. Hehe. Konsepnya senang je, "pandangan lelaki amat berbeza dari pandangan wanita" dan jangkaan aku memang betul. Sampai je rumah dah kena komplen dengan wife. Dia kata macam kereta orang gengster. Haha. Dalam hati aku, "biar nampak gengster tapi hati cute". Huhu. Apapun aku suka dengan new look kuda aku ni. Full stop.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top