Patutlah...

Sejak seminggu dua lepas, aku agak kerap bermimpi tentang arwah abah. Kadang terfikir juga, apa agaknya yang hendak disampaikan. Atau cuma mainan tidur. Yep, aku akui memang merindui dirinya. Mungkin aku terbawa-bawa dalam tidur. Setiap kali bermimpi tentang dirinya pasti kami berpelukan. Owh, baru aku tersedar yang sudah agak lama aku tak menjenguk kubur arwah abah. Selalunya setiap seminggu sekali aku pasti akan menjengguk kubur arwah abah bila urusan aku di tapak bina di Muar sana selesai. Tapi sejak 2 bulan lepas aku tak sempat menyinggah. Kebetulan hari ni aku ke Muar lagi, terasa mula tidak sedap hati untuk terus pulang ke JB. Walaupun waktu sudah agak lewat, aku tekad juga untuk menjengguk kuburan abah. Alhamdulillah, bertambah baik keadaannya. Hajat mak dan hasrat anak-anak telah ditunaikan. Terima kasih lah kepada Bapak Herwan a.k.a abang aku dan adik beradik serta ipar yang lain kerana menguruskannya. Aku cuma bantu yang mampu dari jauh. Ye la, aku sorang anak abah yang merantau. Jauh sikit je dari kampung.

Alhamdulillah siap dah.

ketika aku baca ni, tetiba air mata aku mula mengalir disebalik ray ban aku.
AL-FATIHAH

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top