Al kisahnya hari Sabtu lepas, aku dengan budak-budak office buat BBQ kat Pantai Batu Layar Kota Tinggi sana. Semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan cumanya ramai yang tak dapat nak join pada saat-saat akhir yang memang dah dapat aku jangkakan. Biasalah orang kita ni kan, bila merancang semua bersungguh-sungguh. Bila sampai waktunya mula lah macam-macam hal. Kami merancang pun tak lama. Seminggu lepas start planning. Terus jadi, lagipun masing-masing saje nak lepaskan ketensian dengan apa yang berlaku dalam organisasi syarikat. Kompeni tak ada buat, bio kita buat sendiri. Huh, sudah lemas dengan janji-janji manis mu. Haha.
Ermm, kami merancang secara senyap-senyap supaya bos beso tak tahu. Sebenarnya mereka ni dah merajuk dengan bos beso. Sebab tu tak nak ajak. So, yang bestnya 2nd bos siap berkomplot sekali. Haha. Senyap-senyap menyimpan dan menyeludup segala macam hidupan air di dalam office. Bos pun macam dah terperasan juga lah. Apa menda yang bebudak ni dok berbisik-bisik, lepas tu bawa kotak beso-beso. Haha. Sebenarnya ni lah salah satu cara nak bagi bos sedar sikit yang kitaorang ni tengah majuk. Haha. Boleh gitu. Apapun selepas waktu kerja hari Sabtu tu terus kami berkonvoi ke Pantai Batu Layar tu. Tak banyak, tiga kereta je. Yang join pun tak sampai 10 orang.
Jom, kita mulakan cerita bergambar :
Dapat gak merasa hi-way baru E22 Senai-Desaru. Ni mercu tanda utama E22. Jambatan menyeberangi Sungai Johor.
Dan alhamdulillah selamat sampai ke destinasi. Apapun cari port parking dolu. Sedapnya angin pantai. Nasib baik tak bawa baju lebih, kalau tak dah terjun laut.
Tanpa berlengah edisi membakar pun bermula, Lupa nak bawa kipas so penutup kotak pun jadi. Kalau tak ada penutup kotak ni tak menjamah la BBQ kita orang.
Kipas jangan tak kipas, pergh...penat juga starting nak hidupkan bara api ni. Mau sengal tangan. Wat to do, sebab aku dengan 2nd bos je laki kat situ, so kena dera la.
Dah siap, jom melantak. Erm, bajet bawa bekalan makanan untuk 15 orang tapi yang datang beberapa kerat je kan, banyak lebih.
Dalam banyak-banyak, ni lah peberet gue. Ikan caru. Aku kan suka makan ikan. Adalah dalam 3 ekor aku bedal. Erk...
Macam biasa kalau aku tengah makan harus jangan tegur. Nanti ada yang kecik hati plak. Sebab tak dilayan. Haha. Walaupun berpeluh keranamu ikan, aku sental jua.
Tukar shift plak, bagi anak-anak dara dengan mak dara ni bako pulak. Walaupun saje tunjuk eksen je tu. Sekejap je bako lepas tu hilang. Habis semua geseng. Apeda.
Huh...semua perut dah penuh, lebihan pun banyak lagi so bermula lah pembahagian harta sepencarian. Hehe. Anak-anak dara ni lah jadi mangsa.
Sumbat selagi boleh. Haha. Sian tengok pun ada. Tapi kalau bagi kat aku kompom tak makan. Tapi adalah amik sekor dua ikan tu wat pelepas rindu. Hehe.
Sebelum bergerak balik wajib lah amik gambar buat kenangan terlebih dolu. Lain kali boleh lah buat lagi macam ni kat pantai lain plak. Best.
0 comments:
Post a Comment