Oleh kerana kepenatan berBBQ di Pantai Batu Layar Sabtu tu. Sampai rumah pun agak lewat juga. Dalam pukul 9 malam gitu lah. Pagi Ahad tu aku seperti tidak mampu membuka kelopak mata ni. Berat je, so tidak seperti biasa aku melajakkan waktu tidur ku. Hahaha. Tak lah lajak sangat. Jam 8:40 dah bangkit dok kenangkan rumah tak berkemas lagi ditambah plak kain baju yang belum berbasuh lagi. Kuatkan juga bangkit. Kalau tidak bila lagi nak buat kan. Bekalan ikan semalam tu ada lagi, so sarapan ikan bako lah..haha.
Tengaharinya plak masing-masing mengelupur kelaparan. Sebenarnya tak berapa tengahari lah, dalam pukul 3 baru sibuk nak keluar cari makan harusnya lauk sudah habis. Haha. So, pergi lah ke Angsana. Punya lah ramai manusia. Ingat nak makan asam pedas kat situ. Sedap. Tapi habis juga. Nak tak nak makan je lah kat Kenny Rogers tu. Belasah, janji perut berisi, sian baby. Hehe. Patut lah ramai, ada orang-orang HOT FM datang buat siaran luar kat sini. Makan sebelah meja je dengan kitaorang. Sebab dah tak berapa minat kan, so buat macam tak kenal je. Haha. Sekarang suka dengar Sinar FM dengan Suria FM.
Itu semua tidak menarik perhatian aku. Tapi apa yang ada di karnival Metro ni yang menarik minat aku. Berlaku di Angsana juga. Memang sejak dulu minat aku tentang kereta ni amat ketara. So, memang pantang kalau ada Auto Show ni. Hehe. Wife aku pergi tengok baju, aku plak merayau kat sini. Hahaha. Jom layan. Antaranya lah.
Jom layan gambo lagi :
Kreatif betul anak-anak muda kita ni kan. Teka kereta apa? Kelisa lah eh kancil! eh ntah.
Tomeynyer, kalau dapat ni mesti best wat ronda-ronda. Enjin turbo tu. Kepish!!!
Yang ini sedara dengan kereta aku. Vios. Kalau ada rejeki nak salin kulit juga kereta aku ni.
Dan banyak lagi lah. Penat aku nak amik gambo. Dapat free 1 ok juga. Hehe.
Haaa....yang paling menarik perhatian aku. Agak-agak yang mana 1? BMW ke Honda?
Kalau diberi pilihan aku amik yang ini. Haha. Sebab apa? sebab suka hati aku lah.
Cutenyer....next target. InsyaAllah.
Last-last leka tengok kereta, hari dah petang, orang pun makin ramai. Nak balik sangkut kat jem. Padan muko den. Parking lot pun boleh jem. Jakun lah orang JB ni termasuk lah aku. Haha.
0 comments:
Post a Comment