As salam...kembali lagi dalam arena bloging yang telah lama ditinggalkan jauh sampai ke Bandung Indonesia. Jangan tak tahu kat sana jari jemari ni gatal je nak tekan keyboard laptop. Tapi sayang tertinggal kat rumah. So, tekan butang kamera je lah wakil bercerita dalam bentuk gambar. Apapun perjalanan ke destinasi kami bermula pada hari Ahad jam 9.45a.m dari LCCT KLIA menuju ke Bandung Indonesia dan sampai di Bandar Husien Sasteranegara International Airport pada pukul 10.45a.m (waktu sana lah) sebenarnya perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam, tapi di sebabkan waktu sana lewat 1 jam dari kita so, pandai-pandai lah kira waktu ok. Hehe. Alhamdulillah, selamat sampai.
So, lets begin the journey lah. Secara peribadinya, inilah tempat or negara paling jauh pernah aku sampai. Merasa juga kembali ke tempat asal nenek moyang. Hehe. Tiba-tiba bila sampai di sana semua telah terswitched jadi orang indon plak. Tiba-tiba bertukar bahasa. Bukan apa, orang kita ni kan pandai bawa diri. Orang kata, "masuk kandang kambing, mengembek dan kalau masuk kandang harimau, kena mengaumlah kan." Macam tu lah gamaknya. Walaupun bahasa mereka tak jauh beza dari kita, kadang-kadang slang dia orang buat kita orang hilang arah jap. Boleh gitu. Kena ulang 2-3 kali baru faham. Kira sama lah macam tempat kita ek. Ada slang melayu, jawa, banjar, kelate, terengganu dan lainnya lah.
Apapun kena bersedia untuk bergelar jutawan fakir yek. Haha.
Checking-checking online, nasib baik nama ada, kalau tak balik JB lah. Haha.
Ok, semua ada, so lets fly. Berdesup.
On the way, sebelum berlepas nih, sempat posing. Sebaris kami berenam.
Apapun kena isi form dolu, maklumlah nak masuk negara orangkan.
Terbang di awan tinggi, dah nak sampai ni. Sayup-sayup je nih.
Semakin rendah, erm..cenggini bandar Bandung ek. Beza sungguh.
Dan akhirnya touchdown. Wink...wink...Selamat sampai juga akhirnya.
Jejakan kaki juga akhirnya. Sempat bergambar dengan pesawat yang membawa kami.
Inilah airport diaorang, kecit je kan. Apa ada hal.
So, inilah tempat penginapan kami, sederhana tapi selesa. Buat tido je pun.
Sibuk betul . Destinasi pertama, Naik kete sewa pergi Pasar Baru, cari makang.
Sepanjang perjalanan tu ramailah orang berniaga. Hmm, baru tepi jalan tu?
Nak panjat Pasar Baru ni Kena guna gigi satu ye. Hehe. Syurga beli belah ni.
Sebelum makan cari dulu sim card untuk keselamatan. mana tau kan. Sesat ke.
Sebelum makan cari dulu sim card untuk keselamatan. mana tau kan. Sesat ke.
Ni la tempat makan kami. Tak ada yang istimewa sangat sebab dah biasa makan kan.
Ini menu aku la, gurame cobek namanya. Belasah. Dah lapo banget nih.
Lepas penat borong, lepak sat kat luar Pasar Baru ni. Petang sudah. Huii, ramainya manusia.
Belah malamnya, makan sini pulak. Makanan orang Sunda katanya.
Haha, amik, ada beran ke? hehe. Suka makan sup ke? Boleh lah coba.
Sempat snap sebelum makan sup buntut. Haha. Sup ekor lah.
So, hari pertama ni tak ada lah ke mana-mana. Jalan-jalan berdekatan dengan hotel jer lah. Tapi pada aku Pasar Baru salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi. Khususnya kaum hawa sebab kat sana banyak sangat pilihan baju-baju, blaus, kasut, telekung sulam dan macam-macam lagi lah dengan harga yang menawan. Memang rambang mata. Gue pun terjebak hilang pedoman sekejap. Tapi sebab masa tak mengizinkan so tak dapat lah nak xplore sangat, tapi natijahnya berbakul juga lah yang sempat di beli. boleh lah kan. Dah terlanjur kat sini. Pergi tempat yang boleh di beli je. Nasib baik Anjang tahu tempat-tempat macam ni. Jimat kos. Hehe. Bab makan plak pada aku tak ada lah sangat yang spesel. Kat Malaysia pun orang dah buat ayam penyet ke bakso ke kan. So, boleh lah diterima. Tapi manis-manis dan pedas-pedas semuanya. Berasap.
Sedikit gambaran hari kedua - Isnin (5hb Juli 2011) :
Sebelum memulakan perjalanan, meh isi minyak dolu. Hehe.
Perjalanan ke Tangkuban Perahu. Sejuk tempat nih. Menarik.
Hmm..sampai sudah. Sejuk tapi malang, jaket aku tertinggal kat KL. Tahan je.
Patut lah sejuk, tinggi tu tempat ni. 1830m dari aras laut.
Dan yang best kat sini ada kawah gunung berapi yang masih aktif. Blup bunyinya.
Dan yang bestnya lagi, banyak kiosk nak beli cenderahati. Memang menarik landskapnya.
Jalan-jalan, wah...sampai puncak dah. Huhu.
Pemandangannya memang cantik sekali. Berkabus je.
Wife dah penat nak jalan, so duduk je la kan. Wat to do.
Masa untuk balik. Bila dah tengahari pengunjung makin ramai.
Time nak balik ni lah kena pujuk beli cenderahati dengan penjual kat sana. Hish.
Penat berjalan so makan time lah. Rasa masakan Padang plak.
Wah, bersusun kena abiskan ni kalau tak rugi. Hehe. Sedap juga.
Dah kenyang berjalan ke beberapa FO (factory outlet) plak. Rege tak bleh blah plak.
Orang biru? Hehe. Pun jadi buat bahan. Gelemer patung tu.
Kat Ciba Sidu, eh betul ke ni, ala boleh lah. Baru rege bleh blah.
Pemandangan di Ciba Sidu ni. Memang sibuk dengan kenderaan dan perniagaan.
Malamnya kitaorang alas perut dengan masakan minang plak.
Untuk hari kedua berada di sana merupakan pengalaman yang paling istimewa bagi aku sebab dapat ke satu tempat bersejarah di Tangkuban Perahu. Ada kisah lagendanya. Pakcik aku ada menceritakan sewaktu perjalanan menuju ke puncak bukit Tangkuban Perahu tersebut. Kalau perasan ada bentuk bukit seperti perahu yang diterbalikkan, sebab tu lah namanya Tangkuban Perahu. Suasananya aman sekali, sejuk, dingin dan selesa. Walaupun terdapat kawah yang masih aktif. Kira macam kat Cameron Highland lah. Katanya, walaupun aku tak sampai lagi Cameron Highland tu. Factory Outlet juga tempat yang menarik untuk membeli belah, tapi kalau bajet lebih boleh lah. Bajet aku kecit je so pergi tempat yang boleh tawar menawar lah macam Ciba Sidu tu termasuk lah Pasar Baru. Masakan Padang dan Minang memang menarik. Berselera semua makan. Ke sebab lapo aku tak tahu lah kan. Tapi best.
Sedikit gambaran hari ketiga - Selasa (6hb Juli 2011) :
Return to Pasar Baru naik angkutan. Sebab tak puas pergi hari pertama lepas.
Mantul-mantul naik angkutan ni. Huhu. Macam naik kete sapu lah kiranya.
Pagi-pagi lagi keadaan jalannya udah sibuk banget.
Pilih-pilih jangan tak pilih, tak cukup tambah, dah cukup pun tambah lagi. Hik.
Tak cukup Pasar Baru ke Toko Tiga Plak. Masa on the way tu tiba-tiba budak ni masuk.
Muka terhibur mendengar budak menyanyi sambil main gitar. Kecit lagi budak tu. Rejeki.
Malamnya lepas maghrib ke Kartika Sari cari brownis, macam sedap je.
Macam-macam ada kat sini, segar dari oven. Masa ni gue dah tak larat.
Kesamaran malam, begitu gegeh mengambil gambo. Gambo tempe. Haha.
Pilih tempe goreng. Macam-macam perasa ada.
Pilih tempe goreng. Macam-macam perasa ada.
Kerepek tempe. Pon sodap lagi-lagi kalau ada sambal kicap. Ngences.
Makan Malam di Hotel je.
Aku bab makan memang khusyuk.
Makan Malam di Hotel je.
Aku bab makan memang khusyuk.
Hari ketiga berada di Bandung memang agak memenatkan. Tak habis di Pasar Baru menyinggah pulak ke Toko Tiga. Kat Toko Tiga ni bagi yang berminat dengan seluar jeans boleh lah singgah. Tapi yang ni original punyer. Harga pun faham-faham aje lah. Beli t-shirt je la buat kenangan. Hehe. Anjang kata kat Champelas murah tapi gred A punya lah. Tak ada hal bagi aku. Tapi malangnya petang tu hari hujan. So, tak dapat lah pergi ke sana. Sebab tempat tu agak terbuka. Kenangkan keadaan wife aku kan. Jadinya kitaorang berjalan kaki ke Kartika Sari cari brownis dan apa yang patut lah. Cari kerepek tempe dan malam terakhir di sana kita orang makan kat hotel je lah. Pun ok gak. Hari yang memenatkan, enjoy tapi kecewa sikit tak dapat beli jeans kat Champelas tu. Maybe next trip. Haha. Malam ni kena rest lebih coz esoknya dah nak balik. Cepat sungguh masa berlalu. Tak terasa.
Sedikit gambaran hari keempat - Rabu (7hb Juli 2011) :Bersama ketua rombongan cik kiah, Mak Anjang yang tak kenal penat.
Boring...boring...
Masanya telah tiba, kapal terbang sudah sampei. Yok-yok.
Bagasi-bagasi kami yang menaiki penerbangan yang sama.
Menuju ke pintu. Tempat duduk belakang so kenalah naik dari belakang.
Jom, jemput masuk. Minggir pak. Hehe.
Ready to aboard, Bismillah.
Dah pun berlepas. Selamat tinggal Kota Bandung.
Berada di awan biru. Tak dapat lelap mata.
Sedar tak sedar dah sampai ke ruang udara Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, selamat mendarat. Huh, lega rasanya.
Selamat juga jejakan kaki di bumi Malaysia yang bertuah.
Boring...boring...
Masanya telah tiba, kapal terbang sudah sampei. Yok-yok.
Bagasi-bagasi kami yang menaiki penerbangan yang sama.
Menuju ke pintu. Tempat duduk belakang so kenalah naik dari belakang.
Jom, jemput masuk. Minggir pak. Hehe.
Ready to aboard, Bismillah.
Dah pun berlepas. Selamat tinggal Kota Bandung.
Berada di awan biru. Tak dapat lelap mata.
Sedar tak sedar dah sampai ke ruang udara Kuala Lumpur.
Alhamdulillah, selamat mendarat. Huh, lega rasanya.
Selamat juga jejakan kaki di bumi Malaysia yang bertuah.
Dah sampai. Menunggu bapak supir sampai. Banyaknya beg. Hehe.
Manalah bapak supir ni? enggak sampei-sampei, perut gue udah lapar bangeten ni.
Sempat lagi mencilok gambar aweks pramugari Air Asia. Semuanya .com-.com belaka. Haha.
Dan lagi. Hehe. Pak Anjang yang amik gambo ni, bukan aku tau. Huahua.
So, hari terakhir tak kan nak ke Pasar Baru kan. Kena lah ke airport semula. Uruskan apa yang patut. Dijadualkan flight akan berlepas dalam pukul 12.oop.m. waktu Bandung that's mean pukul 1.oop.m waktu Malaysia. Sampai di airport agak awal so tidaklah kelam kabut. Maklumlah kan, airport dia agak kecil. Manusia punya lah ramai. Semakin tengahari semakin ramai. Nasib baik lah kan sampai awal. So tunggu je lah flight sampai dan dijangka akan sampai ke LCCT KLIA pada pukul 3.oop.m waktu Malaysia. Jadinya enjoy je lah. Nikmati pemandangan. Dah sampai LCCT rindu plak nak makan makanan orang kita. Hehe. Dapat lah makan kari ketam dengan ikan pari masak sambal. Terbaik lah. Apapun, seronok mengembara tempat orang, negara sendiri lagi best, best banget.
Random pic suka-suki :
Yang Dilla tu dah ngape? Haha.
Jom breakfast dolu, nak jalan jauh ni.
Tangkuban Perahu. Nice pic by Anjang.
Lagi cantik mey.
Jauh merenung. Kandid nih.
Nyempat lagi.
Tak sempat pergi Trans Studio, amik gambo pun jadi.
Abang kreatif. Cantik tulisan dia.
Apakah?
Apakah? Kesian budak ni, kecit-kecit dah cari rejeki.
Apakah lagi? Tak faham.
Apakah motifnya? Hehe.
Ada faham tak? buat-buat faham aje lah.
Menu apa ek hari ni? Pusing kepala donk.
Apa-apapun, welcome to Bandung.
hmm...ehem...
Nasi tembel. Lain macam aje bunyinya. Hehe.
Nasi goreng Serena. Pon sodap, pedas tahap gaban.
Yang ni pun boleh tahan jugak.
Dan yang ni memang tak tahan tengok.
So, it's me again. Hehe.
Kat tengah bandar pun ada kereta kuda.
Belanja lagi mas...belanja lagi...Aduyai...
Cuba memahami.
Nasi tembel. Lain macam aje bunyinya. Hehe.
Nasi goreng Serena. Pon sodap, pedas tahap gaban.
Yang ni pun boleh tahan jugak.
Dan yang ni memang tak tahan tengok.
So, it's me again. Hehe.
Kat tengah bandar pun ada kereta kuda.
Belanja lagi mas...belanja lagi...Aduyai...
Cuba memahami.
0 comments:
Post a Comment