Mandi Bunga?...

Huargh...bila badan dah mula sengal-sengal ubi ni. Ditambah pulak dengan kejadian kemalangan Jumaat lepas. Makin sakit badan plus sakit hati pun ada. Hehe. So, jom la mandi bunga kasi segar sikit badan ni. Jadinya, atas nasihat orang atasan, aku kena cari sendiri 7 jenis bunga. 3 daripadanya wajib bunga ros warna merah, kuning dan putih. Erm..yang warna pink tu aku saje amik tapi aku tak guna pun. Kebetulan plak ia sesuai untuk cousin aku. So, aku bagi kat dia la. 

2 lagi bahan wajib adalah, limau nipis 7 biji dan daun pandan 3 helai. So, bunga-bunga yang lain macam bunga kenanga dan yang lain tu sampingan la ek. Orang kata penambah perisa dan warna. Nasib baik mak aku jenis yang rajin tanam pokok bunga. So, aku tak ada masalah nak cari bahan-bahan yang diperlukan ni la. Bila khasiat dari setiap bahan ni bergabung, maka kesegarannya memang sukar digambarkan. Kesimpulannya, tak payah la pergi spa, buat sendiri je. Puas.




nota kaki cagu : best...
jawapan - bukan sekadar mandian biasa...

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top