Boy Or Girl...

Hmm, lama dah tak mengupdatekan blog aku ni. Sibuk beraya sampai pengsan. Haha. So, nak cerita fasal raya pun dah tak larat. Tinggal esok ke lusa kot berakhir lah Syawal. Sekejap sungguh masa berlalu. Kuih raya pun dah nak abis. Hehe. Tiba-tiba terbayang plak kuih tart nenas kat balang rumah tu. Haha. Kan aku dah cakap dah last raya baru macam mengidam benar nak makan kuih raya. Ok, full stop.

Erm, 22hb lepas bawa lah wife pergi check up rutin kan. Masa tu macam tak sabar je nak tau baby aku boy or gegurl. Hehe. Ye lah kan, dah masuk 5 bulan lebih. So dah boleh nampak lah kan jantinanya. Sekali scan punya scan tak berapa nampak plak lah. Baby malu nak tunjuk, dia boleh plak bersujud kat dalam perut ibu dia tu sambil menendang-nendang perut ibu dia. Haha. Marah la tu kot. "Shaye malu la abah" haha. Tapi puan doc berusaha juga. Pusing sana sini. Maklum lah waktu tu baby tengah dok songsang.

Last-last dapat jugak detect. Hehe. So, agak-agak siapa yang lebih tersenyum ek? Abah dia ke ibu dia? Haha. Tak nak tulis kat sini lagi. Kena tunggu next check up baru lebih berani nak tulis. Hehe. So, start bulan depan dah kena beli keperluan baby lebih berbanding keperluan ibu dan abah dia. So far, dah beli lah sikit-sikit. Seronok jek rasanya, maklum lah kan, 1st baby setelah 5 tahun berkahwin. honestly, aku agak blur sikit lah tentang keperluan baby ni. Bahasa kasarnya agak jahil lah. Hehe. tengah belajo-belajo lagi.

Aku serahkan bulat-bulat pada wife. Cakap je apa yang diperlukan, aku kosongkan poket jek. Haha. Tapi kena tengok juga la regenya kan. Masa pergi baby fair tempoh hari, mak ai. ada yg sampai beriban-riban regenya. Bawa seriban jek. Tak masuk akal. Haha. Sampai tak tau apa yang nak di beli. Last-last beli botol susu jek. Haha. Tu pun beratus juga. erk, bukan ungkit ye, cuma baru tau. Boleh tahan juga ek barang baby ni. Nasib baik dah buat persiapan financial awal. Hehe. Lega lah juga. So cari lah yang sepadan-padan.


So...so...so...sotong lah...haha...sindili mau ingat lah...

Cer teka lah kalau teror. boy or Gurl?

Sian, kena inject kancing gigi plak. Esok 8 bulan kena lagi.

Huh..tak ada apa sangat pun kat sini. Harga pun tak boleh belah. Cari lain.


0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top