Boring-boring Servis Kuda...

Secara jujurnya hari ini aku pergi masuk ke opis dengan hati yang tawar disebabkan banyak perkara yang bermain dikotak pemikiran aku ni ditambah pulak dengan tangan dan kaki aku yang sakit disebabkan terjatuh tergelincir kat masjid semalam. Aduyai...hari ni baru terasa kesakitannya. Tak apa lah, kira kifarah lah. Terima je. Tapi atas sebab tertentu kena lah masuk juga kan. Dah namanya kerja, kena lah masuk opis. Lagipun 1/2 day jek. Tapi disebabkan terlampau kosong berada kat opis tu, aku buat keputusan untuk keluar awal dengan selamber jek. Atas alasan, nak pergi servis "kuda" aku. Haha. Boleh???. Tu pun bagitau sama itu kerani jek. Kerja gila aku ni. Gilak! Gilak!

Apapun, kadang kalau ikut kata hati pun best gak ek. Hilang juga stress kadang kalau wat kerja gila ni. Tapi sekali sekala lah kan. Kalau buat selalu nanti....macam-macam plak jadinya kan. So, tak ada ke arah mana lagi kuda aku nak berlari selain bengkel or port biasa aku lah. Bengkel Robin (Champion Primax) kat Taman Molek sana. Dapat tolong orang sendiri kan, selain mekaniknya yang baik-baik belaka dan tak kedekut. Haha. Asal datang jek dapat makan. Ada pulak gitu ek? Lagi satu sebab aku suka ke sini, dapat merasa naik, diulangi lagi naik je kereta yang agak tak termampu nak pakai. Hehe. Merasa juga kan. Aku ni lelaki biasa yang mudah jatuh cinta pada dunia kereta. Pada aku, itu salah satu terapi untuk aku yang mungkin orang lain tak kan faham. Well, tak faham pun tak apa.

Erm...juz display only and not for sale ok. Nampak moto ni teringat kat arwah abah. Dolu arwah abah ada moto ni sejibik tapi dah jual no plat dia ingat lagi JP 1624. Baru aku terfikir JP=Jawa Peranakan. Haha.

Ermm lagi...Hari ni merasa "naik aje" kereta nih. Comel jek. Ehem..ehem...ini kereta En. Tokey ye, harap maklum. Ni model baru dia. Mini Cooper S. "S" untuk apa ek? untuk SOFIAN la. Hak..hak..berangan.

Ermm...lagi dan lagi...yang ni versi lama plak. Agaknya dia ni memang peminat kereta Mini la ek. Jangan pandang sebelah mata ye kereta ni. Kecil-kecil cili padi. Setakat vios gue senang-senag je jadi sayur. Wakaka.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top