Apa Nak Letak Entry Ye?...

Hmm...hari ini bermula dengan agak begitu ketat jadualnya. Pagi-pagi seawal 7.ooa.m. dah siapkan Qarin untuk appointment dengan doktor hari ni. Ye lah, dah sebulan kan kena lah cocok hari ni. Ibu abah dia pulak yang risau macamana agaknya keadaan Qarin nanti ek kena cocok? Pukul 7.30a.m gerak keluar ingat dapat lah setel awal kan. Sekali bila sampai dalam pukul 7.40a.m lah kat klinik gomen tu dapat no giliran 21. Mak aih, pukul berapa agaknya mereka ni keluar rumah ek? Berangan lah nak dapt no. 1 kan. Hehe. Gedebak gedebuk pukul 9.3oa.m. baru selesai semuanya. Kira lama juga di situ. Tapi yang penting Qarin juz menjerit bila jarum suntikan tu tembus dikulit pehanya yang semakin gebu tu. Lepas tu dia terus senyap. Terperanjat agaknya. Baru lah hero namanya kan.

Anak abah makin bam-bam. Dolu keluar 2.8kg dan sekarang lepas sebulan berat badan dah naik 4.1kg. Wahh...suka-suka.

Agak serik juga di situ sebenarnya. So, lepas ni kitaorang decide nak buat check up Qarin kat Perdana Maternity jek. Tak apalah berbelanja lebih sikit yang penting kualiti masa tu agak terjaga sikit. Sebenarnya kalau diikutkan appointment dengan Doktor Isa kat Perdana Materity tu 11hb Februari tempoh hari. Ni kira xperimental lah nak tengok kondisi macamana kan kat klinik gomen. Bukan aku kata klinik gomen tak bagus. Sangat bagus, perkhidmatan percuma, doktor pun baik, nurse baik cuma tak salah kan pergi swsata kalau ada sedikt kemampuan. Nak jaga kualiti masa tu je. Terpulang pada mereka dan keluarga mereka lah kan. Kompeni kami bukan suka-suka boleh keluar ikut suka. Semua ada time frame yang agak ketat. Dan yang penting aku dah tak ada coti.

Then lepas je selesai semua urusan kat klinik tu aku pun terus bergegas ke KDN Taman Setia Tropika untuk ambil Mykid Qarin lah. Kebetulan siapnya hari ni. Nasib baik dekat je dengan klinik yang  kami pergi. Punya lah ramai manusia kat KDN ni. Tapi nasib baik urusan aku ni cepat sebab tinggal nak ambil je kan. Tak sampai 10 minit pun. Cuma penat berjalan je lah sebab kena parking agak jauh. Full house memanjang. Then masa untuk pulang sebab Qarin dah terkebil-kebil matanya tahan ngantuk. Hehe. Tapi urusan aku masih belum selesai. Ada satu lagi tugasan yang perlu aku selesaikan hari ni. Apapun  sediakan apa yang patut then hantar wife dan Qarin balik dolu.

Then, aku teruskan misi aku sendirian ke TNB Pasir Gudang untuk langsaikan deposit meter elektrik untuk rumah baru aku tu. Hehe. Cuaca hujan pulak hari ni setelah hampir 2 minggu hujan tak turun. Alhamdulillah lah kan, sejuk sikit bumi JB. Dekat 1 jam juga aku kat TNB ni. Wat to do. Kena ikut prosedur kan. Yang penting selesai semuanya. InsyaAllah 2-3 hari lagi dapat lah bekalan elektrik kat rumah aku tu. Hmm, rasa tak sabar pulak nak pindah. Tapi apapun kena buat renovation dulu then bila dah siap baru lah pindah. Cuma kewangan agak ketat sikit buat masa ni. Laju je keluarnya. Kadang-kadang risau juga kan. Tapi harapnya adalah sumber rezekinya tu nanti. Mudahan lah dipermudahkan.

Selesai juga akhirnya. Mykid Qarin dah dapat dan deposit bekalan elektrik dah bayar. Next stage to be continued. Hehe.


nota kaki cagu : penatnya rasa badan malam ni...beradu dolu lah...kang malam nak kena entertaint Qarin. Hope malam ni dia tido lena lah.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top