Suram Suasana Di Kantor Hari Ini...

Huarghh...malasnya nak naik kerja bila dah bercuti ni kan. Tapi, wat to do, tak ada kerja, tak ada gaji. Lain la kalau jutawan kan, jutawan fakir. Hehe. Sampai je opis tengok muka membe ni muram je, suasana plak suram je, sunyi je. Kalau ada cengkerik dah berkeriut bunyi ni. Boleh sakit telinga mendengarnya. Mujur tak ada. Cuma yang dengar dengusan bunyi air cond dan bunyi keyboard dek kerana ada staff yang pagi-pagi lagi, dah balas komen kat facebook. Haha.

Sekali ada pulak khabar berita yang kurang menyenangkan bagi sesetengah staff yang datangnya sudah tentu dari pihak pengurusan. Hmm...sudah pasti ada yang tidak senang dan juga tidak bersetuju bahkan tidak berpuas hati. Itu dan ini. Menambahkan lagi kesuraman. Masing-masing memendam rasa bagai. Termasuklah aku pada awalnya. Tapi bila difikirkan balik, rejeki masing-masinglah kan. Usaha mereka lebih sebelum ini, maka dapatlah lebih sekarang walaupun masih baru. Kita ni bukan dari golongan yang bijak pandai macam mereka yang belajarnya tinggi tapi belum melangit lagi lah kan. So, mereka deserve lah.

Siapalah kita nak menidakan. Belajar pun tak tinggi mana. Kan bezanya kat situ. Caranya pun berbeza. Tapi tinggi juga apa. Sekolah kat Bukit Naning tu dulu. Penat kayuh basikal jaguar yang mak aku belikan dulu naik bukit tu. Hehe. Kan tinggi tu.....kan? Apapun terasa hati memang tak dapat dielakkan. Maklumlah, orang lama kat sini kan, mudah terasa. Nama pun manusia yang punya hati dan perasaan. Tapi dari asik memikirkan tentang itu dan ini yang menyakitkan, baik kita tenang-tenang dan menerima seadanya. Dah rejeki kita begini buat masa ni. Esok lusa tak tahu lagi kan. So, pakatan pembangkang, dismiss. Hehe.




nota kaki cagu : terasa juga awalnya...tapi kenalah terima...
jawapan - itu sebaiknya...kan lega...dah tak terasa pong...

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top