Dan Akhirnya, Siap Juga Tunganganku Sebelum Raya...yeah...

Apapun terlebih dahulu aku nak ucapkan lah, 
"SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRi" 
kepada semua umat Islam di seluruh dunia kerana pagi ni kita telah pun di beri kesempatan umur untuk meraikannya lah ye. 

Sebenarnya aku baru sempat nak buka blog aku ni dan dah alang-alang buka nih, aku update la sikit. Baru lepas abis menggosok 'kuda' aku tu, tak tahu nak buat apa, so update lah blog yang dah agak usang terbiar tanpa perkataan nih.

Kalau baca kat entry aku kali ni dah tau lah apa yang nak aku post kan untuk kali ini. Semestinya tentang 'kuda' aku yang dah terbiar lama tak terusik selepas kemalangan kecil pada bulan April (flashback jom) yang lepas. 

Lama tu baru nak betulkan. Wat to do, sibuk dengan tugasan harian dan tugasan peribadi kan. So, kiranya aku ambil kesempatan nak raya ni lah baru betulkan. Lama lah juga kat bengkel tu. Dekat 4 hari la jugak. Aku risau tak dapat siapkan sebelum raya je. Patah kaki aku dibuatnya nanti. Hahaha.

Tapi alhamdulillah, siap juga walaupun agak terlewat sikit dari jadual asalnya. Bukan apa kat JB ni sekarang musim hujan kan, so tauke pun tak berani nak cat 'kuda' aku tu. Aku faham lah situasi tersebut. Malas nak kecoh-kecoh.

Dan, akhirnya : 


Permulaannya, dapatkan skrit yang cekci, uiks berbelang plak. Jom kita hantar pergi bengkel mengecat. Tak boleh berlengah lagi ni, raya dah dekat.


bertampal sana sini dan sinun, bertepek-tepek. Wat to do. Sabo je lah. Lawatan pada hari ke-3 di bengkel mengecat Ah Chai. Boleh ke tak siap ni???


Yang cacat telah diperbaiki. Dah macam apa ntah. Tengok pun tak selera. Hehe. Time ni rasa tak sabo meluap-luap nak tengok finishingnya kan.


Ini betul-betul dikerjakan ni, togel sudah. Haha. kerja-kerja base telah siap. Tinggal nak cat je ni. Tapi 2 hari hujan tak berhenti daa...


Agak-agak kalau tak payah cat tapi tampal je dengan surat kabo tu ok tak ek? Hehe. Buang tebiat apa. Tak pernah dibuek orang.


Terbiar tanpa teman. Hehe. Nasib ko la lampu. Kelabu asap dah aku tengok, so kasi kilat sikit la. Baru cerah masa depan. Tak gitu.


Dan akhirnya lagi : Hari ke-4 (Ahad 6.00p.m.)

Yep, sudah cantik semula. Ooops dah pakai skrit cekci la plak. Dah alang-alang nak cat kan, so kasi mood baru lah kat 'kuda' aku ni. Tauke bengkel Ah Chai memang terbaek lah. Muka garang tapi dalam hati ada taman tu.

Hmm...kasi nampak garang sikit walaupun tuan dia pemalu orangnya. Hahaha. Bukan apa, ni kira reward untuk diri sendiri lah. Menda dah hari-hari dengan kita ni kan. Kasi feel sikit lah masa drive. Yang penting, "Dont sleep n drive k".

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top