Boring-boring Servis Kuda...

Secara jujurnya hari ini aku pergi masuk ke opis dengan hati yang tawar disebabkan banyak perkara yang bermain dikotak pemikiran aku ni ditambah pulak dengan tangan dan kaki aku yang sakit disebabkan terjatuh tergelincir kat masjid semalam. Aduyai...hari ni baru terasa kesakitannya. Tak apa lah, kira kifarah lah. Terima je. Tapi atas sebab tertentu kena lah masuk juga kan. Dah namanya kerja, kena lah masuk opis. Lagipun 1/2 day jek. Tapi disebabkan terlampau kosong berada kat opis tu, aku buat keputusan untuk keluar awal dengan selamber jek. Atas alasan, nak pergi servis "kuda" aku. Haha. Boleh???. Tu pun bagitau sama itu kerani jek. Kerja gila aku ni. Gilak! Gilak!

Apapun, kadang kalau ikut kata hati pun best gak ek. Hilang juga stress kadang kalau wat kerja gila ni. Tapi sekali sekala lah kan. Kalau buat selalu nanti....macam-macam plak jadinya kan. So, tak ada ke arah mana lagi kuda aku nak berlari selain bengkel or port biasa aku lah. Bengkel Robin (Champion Primax) kat Taman Molek sana. Dapat tolong orang sendiri kan, selain mekaniknya yang baik-baik belaka dan tak kedekut. Haha. Asal datang jek dapat makan. Ada pulak gitu ek? Lagi satu sebab aku suka ke sini, dapat merasa naik, diulangi lagi naik je kereta yang agak tak termampu nak pakai. Hehe. Merasa juga kan. Aku ni lelaki biasa yang mudah jatuh cinta pada dunia kereta. Pada aku, itu salah satu terapi untuk aku yang mungkin orang lain tak kan faham. Well, tak faham pun tak apa.

Erm...juz display only and not for sale ok. Nampak moto ni teringat kat arwah abah. Dolu arwah abah ada moto ni sejibik tapi dah jual no plat dia ingat lagi JP 1624. Baru aku terfikir JP=Jawa Peranakan. Haha.

Ermm lagi...Hari ni merasa "naik aje" kereta nih. Comel jek. Ehem..ehem...ini kereta En. Tokey ye, harap maklum. Ni model baru dia. Mini Cooper S. "S" untuk apa ek? untuk SOFIAN la. Hak..hak..berangan.

Ermm...lagi dan lagi...yang ni versi lama plak. Agaknya dia ni memang peminat kereta Mini la ek. Jangan pandang sebelah mata ye kereta ni. Kecil-kecil cili padi. Setakat vios gue senang-senag je jadi sayur. Wakaka.

Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam.



Keriangan sebagai ibu bapa apatah lagi beragama Islam ketika menerima kelahiran anak patut diiringi dengan ucapan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.

Islam sebagai agama yang menggariskan panduan hidup yang sempurna patut dijadikan pedoman kepada semua penganutnya. Adab-adab menyambut kelahiran bayi seharusnya menjadi amalan kepada semua ibu bapa yang menerima kelahiran zuriat. Menurut Ustaz Abu Hasan Al Ash’ari Zakaria, Konsultan Umrah Akademi Mutawwif Trainning and Consultancy, terdapat beberapa panduan yang patut dilakukan oleh ibu bapa sebaik anak yang dikandung selamat lahir ke dunia.

Sebelum itu, Ustaz Abu Hasan yang juga berpengalaman sebagai penceramah di stesyen radio dan televisyen ini menyuruh pasangan suami isteri dan keluarganya mengamalkan bacaan doa Nabi Yunus, Surah Al-Anbiaq ayat 87 supaya mudah bersalin.

Antara adab-adab yang disunatkan dalam Islam adalah seperti berikut :

Alhamdulillah...Bertambah Lagi...

Ermmm..rasanya udah agak lama aku tak meng'update'kan blog aku ni. Ermmm...entah lah. Tiada perkongsian menarik mungkin. Alasannya tetap sama. Sibuk dengan kerja dan hal-hal berbangkit. Nak ISO lagi. Audit mengaudit. Tapi Alhamdulillah, segala urusan dipermudah dan kompeni aku has recommended to received the ISO certificate after the tremendous effort by the staff, newbie and of course the boss himself lah kan. Well done. Clap!..clap!...clap!. Tapi tu lah. Ingat nak buat pakatan pembangkang kan. Tapi last minute macam biasa lah. Kesian kat bos nanti. Nak tak nak as a staff kena lah bagi yang terbaik untuk kompeni kan walaupun ada itu dan ini. Dunia..dunia penuh dengan kekejaman. Tapi biasanya kita sendiri yang menzalimi diri kita sendiri. that's the truth lah. Iye betul kan?

Ok..ok..just forget it about the company stuff and all that kind ok. So, hari ni macam biasalah rutin aku setiap khamis biasanya aku turun site lah kan. Citer kerja lagi (boringgg!!!) But that's not the point lah. Ada tujuan lain sebenarnya yang menjadikan site tu salah satunya alasan nak balik ke kampung. Hehe. Ada faham?. Bukan apa, saja nak singgah kampung ambil kain bedung, barut, tilam dan bantal yang mak aku buatkan untuk bakal cucu dia lah kan. Haha. Time is running out because this 26th Dec last check up untuk wife then dah boleh tentukan nak bersalin bila kan. Kalau keadaan mengizinkan lah. Kalau tidak kena lah tunggu due dia 23rd Jan 2012 nanti. Tapi mana tau kan, orang kata anak pertama ni kadang itu baby tak sabo nak kuar. Hoho. Just do some preparation lah kan. Kot...kot. 

Cuaca hari ni hujan sepanjang hari mengiringi perjalanan aku. Kuda aku tak payah cakap lah. Dah bertukar warna jadinya. So, nak dijadikan cerita masa on d way balik ke JB tadi, dapat miss call dari mak. Then bila call balik mak cakap adik aku si Tenty tu dah selamat melahirkan anak ke-3 nya. Alhamdulillah. Dapat baby gurl lagi. Namanya Nur Damia Qistina. Jenenge anak jaman saiki, payah arek dinyauri. Haha. Erm, boleh tahan tembamnya. 3.4kg!!! bersalin normal kat Hospital Sultanah Fatimah. Mak dia keding jek. Huhu. Yek la, anak nombor 3 kan. Orang kata jalannya dah ada. Kira macam dah letak sign board la kat dalam tu. Senang je jumpa jalan. Hehe. Bleh??? Apapun sekarang ni tunggu lah anak aku plak lahir ke dunia yang fana ini. Wahh bahasa. Susah nak describe perasaan ni.

Jom tengok baby Nur Damia Qistina yang telah di MMS kan oleh emak dia.

Nur Damia Qistina. Agak-agak apa aku nak letak nama anak aku plak ek??? Tak nak kalah jugak nih. Hahaha. 
lagi 1, aku nak bagi GPS kat anak aku bio dia senang lagi jumpa jalan. Tak payah guna sign board. Bleh??? Simboliknya lah kan. Moga dipermudahkan.


Makan Mentong....

Hmm...malam ni gerhana bulan sedang berlaku sewaktu aku tulis blog ni. Itu kuasa Allah lah kan. Dapat gak tengok waktu keluar makan mentong dengan dayo dari KL tadi. Ingatkan pakcik aku sampai hari ni tapi tak jadi plak. Esok pagi baru gerak dari Kajang. Hikmahnya, hari ni sahabat se-pillow aku turun ke JB so makan mentong together-gether lah kan. Dayo datang kena entertaint lah kan. Kalau kita ke sana dia layan kita dengan baik tak kan kita dok diam aje kan. Orang berbudi kita berbahasa. Kan orang jawa. So, lokasi mentong kali ni, My Friend Tom Yam Kempas. Kadang terpikir, esok kalau umur panjang dah tua-tua nanti bila kenangkan balik, mesti seronok. Kawan sehidup semati ni lah penyeri nanti. Selain family sendiri, kawan-kawan lah penambah doa nanti kan.

Tak cukup korum, tapi meriah juga. Perasan tak? masing-masing dah tambah boolat tapi saye still menten. Hahaha. Terbaeeekk!!!

Para isteri pon yang makin bulat. Boleh??? Makan kasi kenyang sudah, yang penting dapat jumpa kawan lama, makan tak kira sangat.

My Baby Face....Hehe...

Erm, sebelum ada yang kata aku perasan sebab kata-kata dalam entry aku kali ni, baca sampai habis duluk ok. Haha. Jangan salah faham plak. Aku tak maksudkan yang muka aku ni macam "baby face" ye walaupun ada lah sikit-sikit kan. Haha. Apa pun check up yang lepas pindah klinik ke Perdana Maternity sebab wife aku nak bersalin kat sana. Kemudahan kat sana pun ada lebih sikit dan yang best ada scan 3D. Tengok doktor dan staff pun sangat profesionalisma. So, excited la ek nak tengok muka baby. Baru best. Hehe. Macam tak sabo je rasanya.

hmmm.....rupa sapa ek? Ibu dia ke abah dia?

Bila Luka Lama Berdarah Kembali...

"Entah mengapa...ku rasa tak menentu...semenjak aku...mengenali diri mu...sayang...terbayang bayang...wajahmu di mata ku"...lalala...hahaha...ni lirik lagu kumpulan apa ek? Scoin ke sapa ntah? Zaman - zaman belia remaja dulu time keje kat UNijoh. Berdiri sambil nyanyi - nyanyi. Time nak belajar jiwang karat lah dolu. Erk!!! Apa kena mengena ini cerita dengan entry yang aku pahatkan kat atas nun? Haha. Bukan apa, saje jek nak kasi havoc sikit. Havoc ke??? ke hancusss. Hehe.

Pedih kan bila luka lama berdarah kembali. Asik terkena jek, berapa kali dah asik benda yang sama yang rosak. Bengong. Apa kena ntah. Buat hati ni tak senang rasa. Rasa macam nak..........ehhhh sebut kan...sebut kan!!!. Karang sebut kan merajuk lagi. Haha. Sabo je la. Macam ni lah bila pakai kereta second hand. Nasib dapat yang baik berbahagia lah kamu. Kalau tidak, merana lah kamu asik nak kena repair jek. Lain kali kalau nak sambar kereta second sila bawa pihak yang pakar ye. Mekanik ke lagi elok.

Genap Setahun...


Hari ni, 3 Muharam 1433H, genap setahun pemergian arwah abah kembali ke rahmatullah. Cepat sungguh masa berlalu. Bayang-bayang tubuh abah terkujur kaku masih lagi pekat dalam ingatan ku. Walaupun abah pergi tak kan kembali tetapi semangat abah tetap hidup dalam hati anakmu ini. Semoga arwah abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan saleh di sana, amin.


Baru Sampai....

Oh..Oh..Oh..baru sampai dari kampung terus sambar lap top. Bukan apa, tetiba je nak menulis. Alhamdulillah, kenduri doa selamat kat rumah mak tadi berjalan dengan lancar. Selesai gedebak-gedebuk dalam pukul 9.30 lah tadi. Mentong-mentong lagi kan. Cekiki'an lagi dengan sepupu sepapat kan. Ada yang nak minta tolong urut lagi. Hahaha. So, pukul 10.oo lebih tadi baru gerak balik ke JB, sebelum tu terkejut dengan tetamu yang tak dijangka. Aku sememangnya dah terasa kehadirannya cuma tak pasti. Di hujung majlis tadi baru munculkan diri. Membawa perkhabaran gembira. Alhamdulillah, jodoh pertemuan masih panjang. Nanti bisa ketemu lagi doink!!!. 

Dah lama sebenarnya tak memandu pada jarak yang jauh memalam macam ni. Aku bukan apa, cuma takut tak dapat kawal ngantuk jek. Tapi Alhamdulillah, cerah je mata ni. Hi-way pun lancar jek. Banyak kereta tapi meluncur dengan baik sekali. Tak ada sangkut-sangkut. Jadinya secara tak langsung aku sampai ke depan pintu rumah aku ni tepat pukul 11.30 malam kalau ikut jam kat kereta aku la kan. Hehehe. Hmm, lagi 1 yang aku perasan cuaca kat kampung tadi agak luar biasa cerahnya. Langit juga begitu indah dipandang dan bulan tersenyum mengiringi majlis. Harap, permualaan tahun baru kali dan hari-hari yang seterusnya ni membawa sinar dan rejeki.


Jadi Suri Rumah Lagi Malam Nih...Apa Ada Hal...

Malam ni sementara menunggu En. mesin basuh aku tu basuhkan baju terasa sunyi plak. So cari ilham la ek. Erm, sian wife aku. Tak larat sangat dah tu. Kandungan dah masuk 8 bulan lebih. Petang tadi pergi check up dan Alhamdulillah, semuanya berada dalam keadaan ok. baby pun sangat aktif. Cuma tu lah, lepas kena inject tadi tiba-tiba gigi sakit plak. Plak tu dah kena inject sure lah tangan kebah. So, kasi dia rest cukup-cukup lah kan.

Esok 1 Muharam, dalam waktu petang nak bergerak ke kampung lagi sebab mak aku nak buat kenduri doa selamat arwah abah untuk yang ke-1 tahun. Cepat betul masa berlalu. Sebenarnya tarikh yang sebetulnya tu 3 Muharam, tapi mak cepatkan sikit sebab kebetulan hari cuti kan. Cuma aku je yang tak coti. mencikss. Macam nak cilok coti jek. Haha. Eh tak boleh, kerja menimbun atas meja tu. Nak external audit pulak tu bulan depan. Internal audit pun masih kelam kabut. Apeda. Cakap banyak pun tak guna, redah je lah.

Kalau tak ada jemputan esok sepatutnya aku dah kat kampung sekarang ni. Wat to do. Orang dah jemput kan. Kena lah datang. Datang tunjuk muka...bla...bla..bla...then terus gerak ke kampung lah. Masa sangat tight sekarang ni. Kena balik malam esok juga. Lama dah tak bergerak malam. Hope selamat lah semuanya kan. Alangkah bahagianya kalau isnin tu coti kan. Boleh lah rest lebih sikit. Tapi tak apa lah kan, yang penting balik selagi badan ni masih kuat. Bimbang nanti menyesal tak sudah. Sekian terima kasih. Harap maklum.


Macam Sedetik Masa Berlalu...


So petang ni mari ramai-ramai ke masjid or surau baca Doa Akhir Tahun sebelum Maghrib dan Doa Awal Tahun Hijrah 1433H selepas Solat Maghrib ok. Doa akhir tahun ada di sini dan Doa Awal Tahun ada di sini juga. Sekadar perkongsian bersama.


Marathon 3 - Mandi Bunga Setelah Berpenat...Untuk Kesegaran...

Dengan apa yang berlaku di sepanjang perjalanan hidup aku sejak minggu lepas. Penat, lelah dan sesak dengan bermacam situasi dan keadaan. Yang gembira dan duka, itu lah laluan hidup aku. So, secara kebetulannya singgah ke kampung siang tadi kan, so aku petik beberapa kuntum bunga untuk meyudahkan pesanan orang sana. Jalannya berliku tapi Alhamdulillah sempat juga melaksanakannya sebelum sampai waktu tamatnya. 

Salah satu cara untuk kesegaran dan kelegaan maksimum. Itu lah rupanya, bermacam warna. Pak kal tak boleh makan. Macam sedap je kan. Yang dicari adalah khasiatnya. Apapun kesegarannya buat aku celik sampai la ni. Tapi otak dan jari jemari aku tak dapat nak memberi kata-kata lagi. Apa pun, syukur sangat dengan perjalanan hari ni. Wasalam, sekian terima kasih. 


Marathon 2 - Wachaaaa...Breakdown!!!...Salah Saye...

Kali ni nak cerita dengan nada yang agak marah lah kekononnya. Hari ni 25hb Nov. 2011 gue dengan penuh semangat nak ke site Muo sana disebabkan dah janji dengan consultant dan gue punya sub-con yang dah kira berjanji lah nak turun site hari ni. So, cadangnya nak bergerak awal lah kan. Kan hari Jumaat. Masa agak singkat sikit. Sekali pagi-pagi dah dapat sms dari consultant "Sorry Pyan, tak dapat pergi site hari ni, ada hal last minit" Gue tenang je baca sms ni sebab gue emang udah agak macam ni. Bukan sekali dua macam ni. Masak benar dah. Tak ada hal lah. Gue teruskan niat jugak. Sub-con fire protection gue dah janji nak ke sana so kena teruskn juga lah kan.

Tenang-tenang je gue meredah lebuhraya dengan perasaan yang tanpa memikirkan masa depan. Padahal takut kena saman lagi. Keh..keh.. Jadinya macam rutin biasa lah bila gue ke site kan. Pusing-pusing...ronda-ronda...amik gambo...tengok jam dah nak kul 11. Gue punya sub-con tak sampai-sampai lagik. Dah janji dengan main-con yang tangki bomba nak sampai hari ni. Dah janji 4-5 kali dari bulan lepas. Sekali bila call, cakap tak jadi lagi plak atas sebab yang tertentu lah. Tapi entah kenapa, aku terlepas marah jugak. Gue macam tak dapat tahan gue punya marah plus malu dengan main-con ditambah dengan hasutan dari suara-suara jahat. Ada termaki sikit. tapi sebenarnya saye kesal sangat dengan perkataan yang saye keluarkan. Betul, kesal dan kesal sangat. Gue rasa mula tak sedap rasa. Bersalah pun ada. Sebab di luar kebiasaan gue. Beristighfar banyak-banyak.

Marathon 1 - Jalan-Jalan Lepas Konvo...


Sejak malam sebelum majlis konvo hari tu adik aku asik tanya jek. Tak jalan-jalan ke? Kalau ikut aku yang mempunyai perangai seperti arwah abah aku, kalau ke satu destinasi tu mesti terus nak balik. Yang penting tujuan telah sempurna. Itu lah aku. Tapi biasanya aku ni fleksibel lah kan. Ikut keadaan. Jenis yang senang nak absorb keadaan sekeliling. Kadang tak sampai hati juga kan. Kita bawa orang so, tak kan nak ikut cara kita jek. So, tak ke mana lah, pergi pusing-pusing Putrajaya jek. Bagi "kita" macam dah biasa tapi cuba fikir yang "tak biasa" kan. Yang penting dapat buat orang tersenyum cukup lah. Ada juga kenangan. So, belajar untuk menerima cara orang. Ada kelebihannya di situ. Renung-renungkan dan selamat berfikir sejenak. Jom balik hari nak hujan. Huhu. Jalan balik ikut signboard jangan ikut suka.



Marathon - Tahniah To My Sis a.k.a TiTin...

Testing..testing...1..2..3..erm, hari ni or malam ni aku akan sedaya menulis di blog aku ni secara marathon sebab dah lama tak upgrade atau perkataan yang lebih sesuai lagi ialah tak "UPDATE" dengan jumlah hari yang agak banyak sama dengan "lama". Hehe. Apakemenda bahasa yang aku merepek ni? Aku pasti bahasa aku yang agak tonggang terbalik adalah disebabkan kepenatan selama 2 minggu ni dengan pelbagai xtvt dan juga kekerapan berada di bangku kereta aku secara pukalnya. Sesuailah dengan aku yang kaki bangku. Ada kena mengena ke???. Terasa macam skema plak ayat aku ni. Tak boleh blah!!! Apapun super duper tired bangeten. 

Ok, First sekali nak ucapkan tahniah lah kat adik aku iaitu TiTin a.k.a Mahawarni Binti Misdan kerana Majlis Konvonya berjalan dengan lancar pada 19hb nov. 2011 lepas kat German Malaysian Institute. Walaupun aku tunggu sampai tertido-tido dalam kereta. Tak ada hal lah. Yang penting dapat perkenankan hajat mak aku nak tengok anak dia yang degil sorang tu berkonvo. Maklum lah dalam family aku so far sekarang ni dia je lah yang merasa konvo. Nak harap aku? Hmmm...konvoi aku adalah. Haha. Wat to do, suruh belajar dolu main-main kan. Orang belajar nak periksa aku pergi mandi manda kat Air Terjun Bekok Sana. Tension katanya. Pigi dah...alasan jek tu. Tu yang banyak dapat cangkul. Sengal ubi!!!

Tulis banyak pun tak guna kang aku akan merepek dengan lebih 'dalam' lagi. Tetiba mencurah-curah plak jari ni nak menekan keyboard laptop aku ni mengikut kehendak dia di luar kotak pemikiran aku. Haishhhh!!! jom layan gambo lah. Jom...jom..matun...

Disaat Aku Mencintaimu by Dadali Band with Lyric's



Sesaje macam best plak dengar lagu nih. Lalala.

[GALAXY Note] Introducing Samsung GALAXY Note...Meleleh Gue Tengok Lah!!!



Macam nak sambar satu jek!!!...kenot...kenot...tapi...

Aidiladha...

Memang sudah lumrah manusia, bila beraya di kampung halaman sendiri memang mengujakan. So tahun ni aku beraya di Ngaritem. kampung aku lah kan. Memang seronok mana tidaknya dah lah dapat anak buah baru yang tomei. Ditambah pulak dengan xtvt kemasyarakatan yang sukar diperoleh di mana-mana pun. Tak kira tua ke muda. Yang tua dihormati dan yang muda dikasihi. Macam tu lah lebih kurang. Tahun ni begitu bersemangat sekali rasanya. Ye lah mewakili keluarga kan. Abah dah tak ada jadinya kenalah ada penyambung dan untuk menjadi anak yang baik kenalah juga berkawan dengan kawan-kawan arwah abah. Betul tak? dan secara amnya, bercampur lah dengan masyarakat. Aku ni dok jauh sikit lah dari mak kat kampung tu. Jadinya harapkan orang-orang kampung lah dok jenguk keadaan mak aku kat sana selain dari adik beradik dan sedara kat sana kan. So, jangan sombong-sombong ek!! tak ke mana nanti.

Jom layan gambo lah :

Hari Raya Aidiladha Yang Bermakna...

Huargghhhh...seperti terasa baru bangun dari tidur yang panjang. Bermimpi yang tak diketahui hujung pangkalnya. Last-last termenung sendiri. Hehe. Apapun hari raya haji yang lepas begitu bermakna bagi kami sekeluarga sebab pada sabtu (9 Zulhijjah 1432H) lahir lah seorang puteri yang sangat comel sekali. Erm, bukan anak aku ye tapi bertambah anak sedara aku. Hoho. Kakak aku telah selamat melahirkan seorang baby gurl. Sebelum ni dah 2 orang hero kan. Alhamdulillah kali ni dapat baby gurl, mustilah happy bukan kepalang. Bulan depan plak dijangka adik aku pulak akan bersalin. Tapi tak tahu lagi girl or boy. Tak nampak katanya. Wife aku plak bulan seterusnya. Hmmm...anak mak usu plak bulan Februari. Wah, meriah lah raya tahun depan boleh lawan anak siapa nangis paling kuat. Haha. So, cerita panjang pun tak guna sebab ide aku tidaklah melimpah ruah seperti dulu sebab lately ni aku asik diserang sakit kepala. Hari-hari ok. Tak tahu lah apa sebab. Cekidaut.

I Like To Move it...Move It...Cehhh!!!


Halamak, tak boleh plak nak upload video ni. Mencikssss. Apa pun tak boleh! Ingat nak upload video baby dalam pewot tapi failed plak. Entah kenapa. Erm, apa pun semua dalam keadaan baik dan alhamdulillah ibu dan pastinya baby pun ok dan sangat aktif di minggu yang ke-27 ni. Dah boleh berbual-bual. Bual apa? Adalah, rahsia. Haha. Antara abah dan anak jek ok. Biasanya bila ibu dia dah tertidur baru aku berbual dengan dia. Suka sangat dengan respond yang diberi. Macam biasa, dah mula rasa tak sabar nak tunggu baby ke dunia ni. Keperluan baby pun dah prepare apa yang patut walaupun masih belum lengkap sangat. Juz, sebagai bakal abah, cuba untuk memberi apa yang terbaik untuk baby kan dan ibu dia lah opkos.

Kebanjiran...

Petang tadi hujan turun tersangatlah lebatnya. Dah lama tak turun hujan macam ni. Erm, yelah kan, dah hujung-hujung tahun ni kan. Musim tengkujuh pun bermulalah kan. So, petang tadi aku keluar opis agak awal sikit dari biasa sebab nak kejarkan waktu. Jadi posto jap nak hantar cek pada supplier. Mana taknya, dah dekat 5-6 kali asik call je tanya bila cek nak keluar. SMS lagi. Naik segan gue. Plak tu gue punya bos asik menghilang jek. Biasalah time nak barang semuanya nak cepat, time nak bayo...hahaha. Erm, bukan macam tulah kan. Maybe keadaan agak tight sikit sekarang ni. Ekonomi pun tak berapa bagus agaknya. Cehh...merewang plak cerita aku ni. Haha. 

So, nak dijadikan ceritalah kan petang tadi masa on the way ke opis supplier kat Skudai sana, hujan turun sangat lebat, dan bila hujan dah lebat hi-way Pasir Gudang Berdengung ni kompom lah jem teruk ditambah pulak ada lori rosak tengah alam. Terhenjut-henjut kereta aku. Itu tak apalah, nak buat macamana kan. Tapi yang bestnya bila sampai jalan short cut kat Impian Emas, ingat nak amik short cut bio cepat sampai sekali rupanya banjir pulak. Hehe. Ingat nak jalan terus je. Tapi bila sampai 1 tahap dah nampak 2-3 buah kereta agak tersadai tepi jalan maka secara tidak langsungnya aku pun berpatah balik lah. Nasib baik, minyak kereta aku pun dah berkelip-kelip. Jangan cari fasal.

Ehh....Aik...Super Terkejut!!!

Erm...minggu lepas saja berjalan tergerak hati nak tengok rumah yang rasanya masih dalam pembikinan lagi. Saja nak tau exactly lokasi dia kat mana kan. Before this tengok dalam master plan je. Aku siap bertekak manja dengan wife cakap yang area rumah tu belum boleh masuk. Siap call salesgirl tu lagi tanya macamana kan. Salesgirl tu a.k.a Pn. Nurul cakap yang sekarang tengah pegnen jugak. Masa time aku beli rumah tu dia masih single mingle lagi. Haha. 

"Erm...bang kalau abang nak masuk kawasan tu pihak kami tak akan bertanggungjawablah ye kalau ada apa-apa terjadi, sebab kawasan pembinaan kan. Lagipun boleh ke akak masuk dalam keadaan pegnen tu?" katanya lah. 

Aku cakap "Erm tak apalah, abang tengok dari luar je, akak awak ni yang excited sangat nak tengok." Wife jeling je kat aku. Aku? tersengih jek. Haha. Tak fasal-fasal nama wife plak naik. Padahal aku pun excited jugak.

Eh, Baru Perasan Plak...


Eh, sepanjang aku pergi balik ke site aku kat Muo ni. Baru aku perasan ada orang ternak kuda padi kat Jalan Salleh ni rupanya. Ni pun masa berhenti kat trafic llight. Kalau tak memang tak perasan kot. Advance betullah orang sekarang ni kan. Mula-mula aku ingat en. kambing. Tertipu aku. Hehe. Tenang-tenang je bela kuda.


Apa Dia!! Nak Pau???

Di sebabkan gue merajuk dengan abang polis trafik yang tanpa kebenaran suka-suki meng"snap" gambar kereta gue masa kat hi-way 3 bulan sudah sampai gue kena saman, gue pun tak ada mood nak menulis kat blog ni. Ngerti!!!. Hahaha...tak adalah, tu semua alasan belake. Opkos lah itu bukan punca utama blog aku agak bersawang jap. Bukan apa, lately ni kurang ada mood ditambah pulak dengan kesibukan keluyuran merono merene nyambil cari ilham, jadinya tak berkesempatan nak menulis. Lagipun tiada apa yang agak super menarik berlaku. Yang menarik tak ada, yang menolak adalah. Tak nak cerita tentang menolak tu. Tak membina langsung. So full stop. Sekian terima kasih. Tapi aku tengah cari apa puncanya. Hehe. Hmmm....arrr....kira kifarahlah ni.

Nak dipendekkan ceritalah kan, dalam minggu lepas wife aku ni kira macam super mengidam nak makan pau daging yang macam Pau Ahmad tu. Ingat lagi tak? Ala...Pau Ahmad lah. Kalau tak ingat jugak, wes karepe lah yek. Pada mulanya aku fikir, "alah setakat pau daging, celah gigi je nak cari" Haha. Kira agak berlagak sombong lah gayanya. Sekali aku pusing punya pusing tak jumpa jugak. Ha! tu lah, berlagak lagi. So tak dapat nak tunaikan hasrat wife aku tu lah. Sian dia, kecewa agaknya tapi control cun lagi. Macam aku tak tahu. Haha. Esoknya pesan lagi, lusa pesan lagi. Tak dapat juga berjumpa dengan en. pau ni. Dah pupus ke apa en. pau ni? So, pada hari Khamis lepas aku kena out station ke Muo. Baru aku ingat kat Hentian Sebelah  Simpang Renggam ada orang jual pau kukus ni. Harap-harap meniaga lagilah adik pau tu. Hehe.

So lets cekidaut!!! cek..cek...cekidaut....(gonjol aku ni)

Ha...Ha...Ha....Amekaw....!!!

Semalam bila sampai rumah dapat memo dari pos laju yang aku terima surat berdaftar. So kena lah collect kat pejabat serahan. Oleh kerana aku kena outstation ke Muo hari ni, so agak bergegas lah aku dari Muo tadi semata-mata nak tau apa surat yang aku dapat nih. Dapat cabutan bertuah ke? Hadiah ke? Best jugak kan. Tu la, orang-orang tua kata jangan excited sangat, nanti berduka plak. Bila sampai di Pejabat Pos Tampoi seperti yang diminta, ha..ha..hambek ko!!! dapat surat saman lagi rupanya. Apa kesalahan aku? biasa lah, kena kat Hi-way Utara-Selatan ni tak lain dan tak bukan, melebihi had laju lah (133km/j > 23km/j dari 110km/j). Apa lagi. Miakaka...padan muka aku. Aduyai, kena lagi. Sekarang encik polis main sistem macam ni plak. Siap gambar lagi. Pemes kete gue. Hahaha. Tapi ni untuk bulan Julai punya baru dapat sekarang. So, untuk bulan Ogos dan September??? Pengsan gue kalau sampai surat lagi macam ni. Tapi yang eloknya, kalau bayar dalam masa seminggu kena rm150 je. Bayar je lah dari kena rm300 kalau lewat bayar lebih sebulan. 




nota kaki cagu : dah salah sendiri kan....Lu langsi Lu langsai lah...hehehe...
permintaan : boleh claim opis tak, rasa macam balik site kena nih!!!...wallaweh...

Macam Nak Demam Pun Ada...

Rasa tak sedap badan mula menerjah. Tekak mula terasa kelat. Kepala jangan cakap lah. Senoning semacam dari semalam. Entah mana silapnya aku pun tak tahu. Nak kata main panas, tak juga. Nak kata main hujan pun tak juga. Nak kata kerja menimbun kat atas meja ni pun tak juga. Ya apa dong!!!.

Mesti ada orang tegur aku dah gomok ni. Haha. Aku ni pantang bila orang tegur yang aku ni dah gomok. Sure badan aku jadi flat. Nape? Tak caya? Aku pun tak caya. Tapi biasanya macam tu lah. Maybe tak lah. Dah time aku dah kot nak demam kan, wat to do. Silap-silap hari ni aku half day lagi macam semalam. Suka hati aku je kan, balik rumah tutup handphone lepas tu tido. Diam-diam tak bagi tau bos pun nak cuti (kelaaaasss ko jah!!!). Dah sakit kepala tak boleh handle. Tido je ubatnya. Malas nak makan ubat, nanti jadi menjeng. Last-last sampai ke malam sakit tu tak hilang. Bila sakit kepala, 1 sen pun tak guna. Hehe. 

Hari ni plak pagi-pagi hujan rahmat dah turun. So, suasana sejuk mencengkam segala urat saraf aku sampai ke tulang sum-sum. Kepala pun jadi ketat. Macam "high" gitu lah. Apa nak jadi dengan aku ni. Dah macam pc yang antivirusnya dah expired. Lembab je nak download info. Ditambah lagi dengan lagu "Cinta Muka Buku" yang aku tak bleh nak blah nak dengar. Haha. Asik kuar lagu tu je kat "dario". Time macam ni aku lebih suka layan lagu-lagu slow rock dolu-dolu. Tapi apakan daya, aku je yang remaja purba kat sini. Budak-budak opis ni mana layan lagu macam yang aku suka. Mau kena migrain diaorang. Haha.

So, kesimpulannya hari ni mood aku swing....swing....swing.... :p


Tazkirah Hari Ini...



Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja didalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.


Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

Boy Or Girl...

Hmm, lama dah tak mengupdatekan blog aku ni. Sibuk beraya sampai pengsan. Haha. So, nak cerita fasal raya pun dah tak larat. Tinggal esok ke lusa kot berakhir lah Syawal. Sekejap sungguh masa berlalu. Kuih raya pun dah nak abis. Hehe. Tiba-tiba terbayang plak kuih tart nenas kat balang rumah tu. Haha. Kan aku dah cakap dah last raya baru macam mengidam benar nak makan kuih raya. Ok, full stop.

Erm, 22hb lepas bawa lah wife pergi check up rutin kan. Masa tu macam tak sabar je nak tau baby aku boy or gegurl. Hehe. Ye lah kan, dah masuk 5 bulan lebih. So dah boleh nampak lah kan jantinanya. Sekali scan punya scan tak berapa nampak plak lah. Baby malu nak tunjuk, dia boleh plak bersujud kat dalam perut ibu dia tu sambil menendang-nendang perut ibu dia. Haha. Marah la tu kot. "Shaye malu la abah" haha. Tapi puan doc berusaha juga. Pusing sana sini. Maklum lah waktu tu baby tengah dok songsang.

Last-last dapat jugak detect. Hehe. So, agak-agak siapa yang lebih tersenyum ek? Abah dia ke ibu dia? Haha. Tak nak tulis kat sini lagi. Kena tunggu next check up baru lebih berani nak tulis. Hehe. So, start bulan depan dah kena beli keperluan baby lebih berbanding keperluan ibu dan abah dia. So far, dah beli lah sikit-sikit. Seronok jek rasanya, maklum lah kan, 1st baby setelah 5 tahun berkahwin. honestly, aku agak blur sikit lah tentang keperluan baby ni. Bahasa kasarnya agak jahil lah. Hehe. tengah belajo-belajo lagi.

Aku serahkan bulat-bulat pada wife. Cakap je apa yang diperlukan, aku kosongkan poket jek. Haha. Tapi kena tengok juga la regenya kan. Masa pergi baby fair tempoh hari, mak ai. ada yg sampai beriban-riban regenya. Bawa seriban jek. Tak masuk akal. Haha. Sampai tak tau apa yang nak di beli. Last-last beli botol susu jek. Haha. Tu pun beratus juga. erk, bukan ungkit ye, cuma baru tau. Boleh tahan juga ek barang baby ni. Nasib baik dah buat persiapan financial awal. Hehe. Lega lah juga. So cari lah yang sepadan-padan.

Lagi-Lagi Open House...

Selagi namanya raya kan. So, ramailah yang menjemput untuk menjamu kawan-kawan dan sesiapa saja lah. Kadang-kadang tu terasa penat sangat nak pergi, tapi nak sampaikan hajat tuan rumah kan. Tapi ada juga yang aku skip, sebab tak tahan dah. Tahun ni rasanya aku tak buat lah. Kondisi wife tak membenar kan. So, esok ke Kajang plak nampaknya. Pakcik wife aku buat open house juga. Ikutkan macam mim aliff lam sim. Tapi wife dah beria kan. Sampaikan lah hajat dia.




nota kaki cagu : kesel awak'e...mangan waie...hehehe...
jawapan - bruppp...wes karepe lah...

The Silent Move...

Sometimes, kita kena bergerak di luar kotak pemikiran kita. Cari jalan.
Dan bergerak tanpa dikesan. Tapi hasilnya, cukup memberangsangkan.

Alhamdulillah, Selesai Sudah Giliran Aku...

Hoho...rasa mengantuk pun ada ni, tapi semangat daun untuk meneruskan sesi penulisan kat blog aku ni. Hmm...Alhamdulillah, baru selesai berkemas rumah. Bukan apa, menjamu sahabat yang berkunjung ke rumah aku tadi. Rasa seronok sangat. Ye lah kan, tetamu datang bawa rejeki. Walaupun tak semua sepillow fren aku yang datang tapi dah cukup macam mewakili yang lain lah. Rasa berbesar hati sesangat lah. gumbira bukan kepalang. Haha. Terima kasih lah pada Ato dan familynya, begitu juga Odi dengan 2 orang hero otomen nya. Hehe, wife dia tak dapat ikut. Mabuk-mabuk plak, dah pengsan kat rumah katanya. Maklum lah bakal menyambut anak yang ke-3 tak lama lagi. Lebih kurang wife aku kot. Dan juga pada En. Pegawai yang membawa teman baiknya, Cik Sue Tiram. Hehe. Dah tak ada ide nak berceloteh panjang nampaknya, so kita layan gambaran je la ek. Macam biasa.

Pertemuan Pertama Dan mungkin Yang Terakhir...

Pada malam raya ke-6 lepas (Sabtu malam Ahad - 3hb September 2011/5 Syawal 1432H) Kedatangan tetamu yang dinanti telahpun tiba. Ketidaksabaran menanti telah pun berbalas. Mana tidaknya memang sudah lama tidak bertemu. Kali ini istimewa sedikit. Aku diberi tahu oleh orang yang pertama turun bahawa 7 akan menyusul dan yang ke-7 adalah yang tidak pernah turun. Tertanya-tanya kami. Tapi aku sudah merasa siapakah dia. Kuat instinct aku. Dan kali ini juga yang turun adalah yang jarang turun. Salam perkenalan.

Bila Beraya Di Kampung...

Tahun ni giliran aku beraya di rumah ibu mertuaku seperti yang telah aku bagitu lah pada entry yang lepas. Sebenarnya kalau ikutkan hati nak aje aku beraya di kampung temankan mak aku yang kesunyian. Tapi itu lah, silap aku juga. Raya ke-3, sampai lah aku ke kampung. Dah kena sound dengan Pak Uda aku. Padan muka aku. Hehe. Apapun terasa lega dapat memeluk mak aku seerat-eratnya sambil mengalirkan air mata. Aku tahu mak tersangat sedih dan aku juga tahu mak faham situasi aku. Ok lah tak mau lah cerita sedih-sedih. Everything is going to be fine dan semua orang bergembira di hari raya. So, macam biasa lah dengan rutin berhari raya kan.

Jadinya, pada malam raya yang ke-4, seperti yang dirancang, aku bersama sepillow frens aku pun berkumpul lah kitaorang kat rumah baru ato a.k.a tuan rumah untuk tahun ni. Sian Ato' dan isterinya Pn. Jue menyediakan bermacam hidangan. Tak aspect pun yang mereka nak masak bagai ni. Tak ada dalam perbincangan pun. Pada kitaorang yang penting dapat berkumpul bersama di hari raya. Itu lah matlamatnya. Makan-makan tak penting. Tapi orang dah sediakan kan, tak makan kang kecit hati kuman plak. Kira rejeki jangan ditolak lah ni. Memang berselera je aku makan. Memang sodap. Bertambah 2-3 kali. Hehe. Maklum lah, makan free. Haha. Belasah aje. Kasi kenyang sudah.

Beraya Di Perantauan...Ceh...

Sebenarnya kali ini sudah 3 kali aku beraya di JB lah sejak kahwin hampir 5 tahun lepas kan. Ikut giliran kan. Apa ada hal. Sebelum ni tak pernah nak post kat blog kan, maklumlah kan, baru pandai nak memblog. Biasanya hari raya ke-3 baru aku akan pulang ke kampung. So, cerita sikit lah ek. Keadaannya memang ada sikit berbeza lah, bukan beza apa, juadahnya lah yang berbeza di pagi raya tu. Yang lain semua sama lah kan. Macam biasa di pagi raya pergi solat sunat aidilfitri then balik ke rumah mertua bermaafan then cari makan. Hehe.

So, ini lah juadah wajib bila aku beraya di JB ni. Laksa Johor. First time dolu macam tak boleh terima je tekak aku ni kan, maklum lah dah 25 kali, pagi raya dapat makan nasi empit dengan kuah lodeh kan. Hehe. Dah lama-lama ni terbiasa lah kan. Tak makan kang lapo. Bedal je. Tunggu raya ke-3 esok baru merasa makan nasi empit dengan aksesori bagai lah. Lepas kenyang semua pergi lah rumah sedara mara. Rutin kan. Tak kan lepas makan tido plak. Haha. tak patut banget lah tu. Persediaan mentel dan fizikal perlu ye.

Ucapan....


"Yoh wes podo-podo lah jaluk ngapuro. Nang kene aku arek jaluk ngapuro lah nek ono kelakuan seng ora genah sejak biyen tekan saiki. Mohon dihalal kabek lah". 


Dan Akhirnya, Siap Juga Tunganganku Sebelum Raya...yeah...

Apapun terlebih dahulu aku nak ucapkan lah, 
"SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRi" 
kepada semua umat Islam di seluruh dunia kerana pagi ni kita telah pun di beri kesempatan umur untuk meraikannya lah ye. 

Sebenarnya aku baru sempat nak buka blog aku ni dan dah alang-alang buka nih, aku update la sikit. Baru lepas abis menggosok 'kuda' aku tu, tak tahu nak buat apa, so update lah blog yang dah agak usang terbiar tanpa perkataan nih.

Kalau baca kat entry aku kali ni dah tau lah apa yang nak aku post kan untuk kali ini. Semestinya tentang 'kuda' aku yang dah terbiar lama tak terusik selepas kemalangan kecil pada bulan April (flashback jom) yang lepas. 

Lama tu baru nak betulkan. Wat to do, sibuk dengan tugasan harian dan tugasan peribadi kan. So, kiranya aku ambil kesempatan nak raya ni lah baru betulkan. Lama lah juga kat bengkel tu. Dekat 4 hari la jugak. Aku risau tak dapat siapkan sebelum raya je. Patah kaki aku dibuatnya nanti. Hahaha.

Tapi alhamdulillah, siap juga walaupun agak terlewat sikit dari jadual asalnya. Bukan apa kat JB ni sekarang musim hujan kan, so tauke pun tak berani nak cat 'kuda' aku tu. Aku faham lah situasi tersebut. Malas nak kecoh-kecoh.

Dan, akhirnya : 

Hampir Ke Penghujung...

Ehem, erm...erm...lately ni aku ada blur sikit la. Tak tahu lah kenapa. Nak kata terlebih makan kambeng golek tak jugak. Haha. Ye, nampaknya sekarang ni kita sudah berada di penghujung bulan Ramadan ni. Tinggal 4 hari jek lagi nak menyambut Bulan Syawal. Time ni lah kena tengok balik check list kan, apa yang belum diselesaikan dan time-time macam ni lah biasanya staff-staff opis aku ni moody semacam je termasuk lah aku sebab tak dapat bonus lagi. Hahaha. Bos aku ni memang suka bagi last minute. Pada aku tak ada masalah. Hikmahnya, tak lah nak perabih sangat. Alhamdulillah ada sumber mengatakan, ada rejeki bonus tahun ni. Tapi tak tahu lah sikit ke banyak. Redho je lah nanti. 

Lagipun tahun ni sambut agak sederhana saja. Baby aku pun dah berusia 5 bulan kan. Malam tadi pergi cek dengan doktor so far semuanya ok. Cuma berat badan wife jek turun 2kg. Sepatutnya makin naik dalam lingkungan 65kg, ni jadi 61kg plak. Hehe. Maklum lah kan, berpuasa. Keadaan kepekatan darah pun pada paras yang ngam-ngam jek. So, kepada wife ku, "makan sayooo...makan sayooo"...haha. Susah orang tak makan sayo ni. Hehe. Yang penting keadan baby sume ok. Pembesaran sempurna. Best tengok baby bergerak-gerak. Siap nganga mulut lagi. Tengah mamam kot. Haha. Ye lah baby pun nak buka puasa juga. Ni namanya pendidikan sejak dalam kandungan. Baby aku dah belajo puasa tu.

Dan lagi baru dapat tahu yang rumah baru aku akan siap bulan Disember ni. Itu lagi lah kan. banyak belanjanya tu nanti. So kena lah berjimat cermat dari sekarang ni. Harap dipermudahkan lah rejekinya tu nanti. Cakap fasal rejeki ni, bila nak raya jek, pastinya kereta aku pun nak raya jugak. So, nak tak nak kena entertain beliau jugak. Rejeki beliau lah kan. Dah lama rasanya aku biokan kesan dari kemalangan yang lepas tu. Kebetulan pulak kompressor air cond pun dah meradang. So, untuk kesejahteraan sepanjang perjalanan semasa berhari raya nanti, kena lah repair kan. Kang sangkut kat mana-mana masa hari raya nanti tak ke laut jadinya. So, sekarang ni kat wad lagi. Still waiting.

Nasib baik en. pegawai bermurah hati nak pinjamkan blackheart dia. Hehe. kalau tidak patah lah kaki juga. Harap cepat lah siap kereta aku tu. Sepatutnya esok siap. Tak sabo plak nak tengok new look beliau. Hehe. Dan yang penting memang segan lah nak pakai kereta en. pegawai ni lama-lama kan. Bimbang terjadi apa-apa. "Bini" en. pegawai tu. Di tatang bagai minyak yang penuh. Nanti saye kasi minyak penuh ye en. pegawai. Dun wori lah. Hehe. Dah dekat seminggu juga lah aku merono merene dengan kereta en. pegawai ni. Risau-risau. Harap semuanya berjalan dengan lancar lah. Tapi musim ujan ni, macamana agaknya nak cat kereta aku tu ek. Huu. Pandai-pandai lah ye en. pomen. Dah janji esok siap kan.

Apa-apapun, di minggu terakhir bulan puasa ni, kena lah lebih berhati-hati dalam semua perkara yang kita lakukan kan. Tak kira lah apa benda. So, selamat lah membuat persiapan terakhir yek, aku pun tak abis kemas rumah lagi ni. Nanti tiba-tiba tuan rumah sampai tak kelam kabut jadinya. Aduhh. Biasa lah kan, rumah hotel. Hehe. Tapi hari ni, aku mood pening + mim aliff lam sim. Ingat nak coti jek dah ni. Haha.


Dah Sampai Fasa Terakhir Ramadan...

Hmmm..lama tak update blog...ada sibuk sikit dengan urusan duniawi dan sibuk memenuhi jemputan berbuka puasa. Mewah kita ni kn. Hmm, patutnya...renungkanlah, orang dah jemput. Rejeki tu. Hehe. Cepat betul masa berlalu. Hari ni dah 20 Ramadan. Dah sampai fasa terakhir untuk kita cuba merebut peluang yang diberikan oleh-Nya. Cubalah cari kekuatan yek. Tak dapat banyak, sikit pun jadilah. 10 malam terakhir kan. Pesanan untuk diri sendiri dan sesiapalah yang terbaca blog aku ni. 

Ramadan tahun ni pastinya tidak seperti tahun-tahun yang sudah. Ye la kan, biasanya kalau dah masuk ramadan fasa ni pastinya arwah abah aku dah start masuk kebun cari kayu untuk dibuat tiang nak letak lampu sentir a.k.a lampu pelita. Arwah abah memang rajin bab-bab macam ni dan pastinya raya tahun ni pasti tak seceria seperti tahun-tahun yang lepas. Aku cuma rindu dengan arwahnya dan terkenangkan mak je nanti. Macamana agaknya mak nak lalui raya pertama nanti. Hope mak kuat.

sob...sob...:( gue sedey...

Xtvt Tahunan Bulan Pose Sepillow frens...10 Ramadhan 1432H...

Setiap tahun bila tiba bulan Ramadhan ni antara xtvt wajib bagi aku dan my sepillow frens adalah berbuka puasa bersama. Kebetulan dengan izin-Nya, kebanyakan kami mencari rejeki di JB. So, hubungan tu memang tak pernah putus dari zaman sekolah sampailah beranak pinak sekarang ni. Itulah keistimewaan kami. Air yang dicincang tak akan putus. Kami seperti adik beradik dah. Susah senang kongsi bersama. Kutuk bertampar perkara biasa. Tak ada amik hati punya. Masing-masing dah faham. Gasak.

So tahun ni, seperti tahun sudah, macam biasalah aku dilantik sebagai organizer tak bertauliah untuk mencari tempat yang sesuai untuk berbuka. Pada aku bukan tempat yang mahal atau murah. Apa yang penting dapat berkumpul. So, aku pilih untuk berbuka di JGCC yang dulu dikenali sebagai RJCC. Aku pun baru tau. Haha. Murah je, rm29.90/pax. Kanak-kanak bawah 5 tahun, FOC. Makanan kampung yang sesuai dengan citarasa kami yang memangnya asal dari kampung. Jawa plak tu. Hehe.

7 Ramadhan sudah...

Cepat sungguh masa berlalu. Seminggu sudah berpuasa. 7 Ramadhan hampir berlalu. Esok dah masuk minggu ke-2 kita berpuasa. Nampaknya setakat ni semuanya berjalan dengan lancar dan wife aku pun tiada masalah untuk berpuasa. Harap wife dapatlah berpuasa penuh tahun ni. Dan aku, mula rasakan yang.....

Kenapa Kita Diuji?...سبحان الله و بحمده ... سبحان الله العظيم

"Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amalku pada penamatnya dan sebaik-baik hariku, ialah hari ketika aku bertemu dengan-Mu, Ya Allah"

Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam Al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambNya  ini tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi.


Sambut !st Day Ramadhan Di Kantor...


Ingat dok kat JB dan kerja kat JB dapat lah coti bila sambut puasa, tapi sayang seribu kali sayang. Kena kilije jugak. Huissh. Wat to do. Rejeki-rejeki. Aku ingat hari ni aku berseorangan kat opis ni sebab minggu lepas masing-masing dah kata nak coti sendiri je. Baru nak layan lagu raya...(erk, gurau k), sekali muncul plak anak-anak dara ni. Hehe. Tapi diaorang kata nak 1/2 day je. Hehe. Pandai-pandai lah bawak diri ye nak. Aku pong rasa macam nak join sekaki je lah. Bisa enggak? Bisa aja doink!!!. Hmm...terasa amat lah boring hari ni, tapi kalau kat rumah lagi terasa kot. Tak kan nak membuta je kan. Baik aku tenang-tenang je kat kantor ni. tapi kalau agak-agak bosan tahap cipan nanti aku pulang ke pangkal jalan lah. Haha.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...


Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita wajib berpuasa. Pada bulan ini kita tidak boleh makan dan minum serta tidak boleh melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar(waktu subuh) hingga terbenam matahari (waktu maghrib). Kita diwajibkan puasa berdasarkan Firman Allah dalam surah Al Baqarah Ayat 183-184. Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa  sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Sehari Di Kampung...

Memang tidak cukup rasanya kalau sehari berada di kampung kan. Apapun, memang niat untuk sambut bulan puasa kali ni di kampung. Tapi, memandangkan kompeni aku tak mengambil cuti awal Ramadhan so aku pun terpaksa membatalkan niat tersebut. Nak cuti, dah tinggal beberapa kerat je cutinya. Nak standby untuk cuti raya pulak. Yang penting mak aku faham dengan keadaan aku. "Tak kisah lah yan, yang penting balik" kata mak aku. "Nanti kalau  ada rejeki yan balik lagi sebelum raya ok". 

Di sebabkan aku sampai ke kampung pun dah agak malam, jadinya masa pun terhad. Pergi makan-makan jer. Rancangan awalnya nak hang out dengan membe sepillow, tapi cancel last minute. So, lebih baik keluar makan dengan family. Dalam pukul 3.3op.m. tadi kena bergerak balik ke JB. Nak buat persiapan untuk sahur esok. Apapun tak langsai lagi, so kena lah belanja barang dapur sikit. Tak beli apapun, janji ada sahur. Ambil hikmah bersahur tu la kan. Hope wife aku kuat lah berpose. Kalau tak kuat pun tak apa, sian baby nanti.

Sampaikan Hajat Cik Yaya...

Sebelum aku bergerak ke kampung sabtu lepas, aku luangkan sikit masa untuk Cik Yaya. Bukan apa sebelum ni dah cakap kat FB ibu dia yang sebelum pose nak belanja Yaya mamam Mcd. So, dikesempatan yang ada curi sikit waktu melayan Cik Yaya. Pergi Mcd baru buka kat Taman Setia Tropika. Makin notty dia nih. Tak nak dengar kata dah. Biasalah kan, bebudak. Kena banyak sabo. Ni kira latihan untuk aku la. Haha. Tak gitu. lagipun aku memang suka dengan budak-budak ni.

Suka lah tu dapat mamam Mcd.

Mamam nuget degan sos cili..."hammm pidas" katanya.

Tengah pujuk Cik Pyan nak main kat "peigoun" a.k.a playground. Hehe.


 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top