Bila Luka Lama Berdarah Kembali...

"Entah mengapa...ku rasa tak menentu...semenjak aku...mengenali diri mu...sayang...terbayang bayang...wajahmu di mata ku"...lalala...hahaha...ni lirik lagu kumpulan apa ek? Scoin ke sapa ntah? Zaman - zaman belia remaja dulu time keje kat UNijoh. Berdiri sambil nyanyi - nyanyi. Time nak belajar jiwang karat lah dolu. Erk!!! Apa kena mengena ini cerita dengan entry yang aku pahatkan kat atas nun? Haha. Bukan apa, saje jek nak kasi havoc sikit. Havoc ke??? ke hancusss. Hehe.

Pedih kan bila luka lama berdarah kembali. Asik terkena jek, berapa kali dah asik benda yang sama yang rosak. Bengong. Apa kena ntah. Buat hati ni tak senang rasa. Rasa macam nak..........ehhhh sebut kan...sebut kan!!!. Karang sebut kan merajuk lagi. Haha. Sabo je la. Macam ni lah bila pakai kereta second hand. Nasib dapat yang baik berbahagia lah kamu. Kalau tidak, merana lah kamu asik nak kena repair jek. Lain kali kalau nak sambar kereta second sila bawa pihak yang pakar ye. Mekanik ke lagi elok.



Ni namanya "keretaku di menara gading" sebab tinggi. Haha. Bersungguh betul adik ni buat post mortem keta bawah tu. Nak kasi setel kena study apa puncanya dulukan. Eh, kereta apa yang warna biru tu? macam best jek.

Huhu...3 Series Bimmers Coupe or kereta kedemut (kedekut + kemut) sebab ada 2 pintu jek. Siapa yang punya? Erm, sebenarnya kepunyaan seorang anak jawa Dato' Muhammad namanya. Seorang Businessman yang agak berjaya dalam bidang properties. Mulanya aku tak tahu pun dia ni "Dato'". Saje tegur, sekali dapat kad, baru tau. Humble je orangnya. Susah nak cari yang sebegini kan. So, aku tarik balik fasal cakap kereta ni kereta kedekut sebab dia ada lagi 4 buah kereta termasuk Alphard. Ni nak buat lincah-lincah je katanya. Well, aku agree. Dato' muda lah katakan. Aku rasa dalam lingkungan hujung 30'an lah kot.

Aku tertarik dengan kata-kata tauke bengkel ni bila aku berseloroh pada dia. "Hmm..muda-muda dah dapat Dato'" En. Robin selamber menjawab "Dia ada bintang kehidupan, kita ada apa? Cuma bintang '3'" Hahaha. Betul di situ. Macam kata Dato' "Ni semua rezeki Allah bagi" Masing-masing lah kan. Usaha lebih dapat lah lebih. Macam tu lah sebaliknya kan. Apapun aku bangga dengan dia. Dan juga anak melayu yang lain yang turut berjaya. Macam tauke bengkel ni juga lah. Bila orang berjaya, patutnya kita sokong lah dia kan. Jangan menjatuhkan. Cemburu membawa kepada kebaikan tak apa. Ada faham?

Ooops....sambung balik cerita fasal luka lama berdarah kembali ni.

Ini lah puncanya. Kerana 2 batang menatang ni lah kereta aku berbunyi-bunyi macam apa ntah. Di ibaratkan seperti makan nasi goreng ayam tanpa ulam cili padi. Tak sedap. Hahaha. So bila dah tukar 1 set baru ni kalau bunyi lagi tak tahu lah. Aku tukar terus...tukar lagi lah. Haha, nak buat macam ne, itu je yang mampu. Kui..kui. Tapi nasib baik tauke bengkel ni baik hati. Dapat free. Huhuhu. Rejeki-rejeki. Murah lah rejeki kamoo. Amin.


0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top