Tradisi..Indahnya Beraya Di Desa...

Salam Hari Raya. Hmm..hampir seminggu tak update blog ni. Macam yang dinyatakan sebelum ni, memang sibuk la kan dengan aktiviti-aktiviti hari raya ni. Tahun ni turn beraya di kampung aku. Memang seronok. Meriah dengan bunga api dan mercun walaupun...huhu...dari mana la diaorang dapat bekalan mercun ni ek? Yang main mercun pun bukan budak-budak, bapak budak pun main juga. Memang meriah. Semua adik beradik balik lagi.


Hmm..hari raya pertama macam biasa la, rutin kan. bermaaf-maafan...sob..sob..then beraya rumah sedara mara. Masa singkat sikit kan, coz hari jumaat. Ermm. Tapi yang best ni raya ke-2. Sebab apa, sebab ada baraan a.k.a. marhaban. Hehe. Mula-mula rasa macam malas je nak pergi. Tapi mengenangkan kita ni hidup bermasyarakat kan. Kena la campur masyarakat. Siapa lagi nak tengok-tengokan orang tua kita tu kat kampung kalau tak jiran-jiran dan masyarakat setempat. Betul tak. So "Lu Pikiaq La Sendiri". Lagi satu sebab pak uda aku ketua masyarakat kat kampung aku, dan yang bestnya rumah pak uda aku depan je rumah aku. Orang nak start baraan mesti kumpul rumah ketua masyarakat dulu. Tak gitu. 


So itu la yang menjadi alasan kukuh untuk aku menyertai serta menggagahkan diri untuk bermarhaban selain nanti kena bebel dengan mak aku. Haha. Bila berkumpul beramai-ramai ni, dapat la jumpa semula kawan-kawan sekampung tak kira la yang memang menetap kat kampung ataupun yang mencari rejeki berhijarah ke luar. Yang penting mereka semua masih ingin mengekalkan tradisi ini. Ini la yang membanggakan. Ye la, pemuda-pemuda ni la harapan bagi yang veteren untuk meneruskan kesinambungan susur galur adat dan tradisi hidup bermasyarakat. So aku pun jadi bertambah semangat la. Dengan bermacam-macam perangai dan kelakuan. Semuanya menghiburkan.





Hampir sehari la juga bermarhaban ni. Perut dah penuh banget. Tapi demi tidak mahu menghampakan tuan rumah, belasah je la. Haha. Start marhaban di rumah ketua masyarakat then ending dia mesti rumah timbalan ketua masyarakat. Hehe. Standard la tu kan. Apapun banyak yang aku dapat pelajari dari tradisi ini. Itulah betapa pentingnya organisasi seperti ini. Masyarakat dan Pemuda. Yeah. Bersatu teguh, bercerai roboh. Sayang banget sama kampung aku ni. Hehe.


Bila dah bersatu so semua yang berat akan menjadi ringan. Bak kata setiausaha pemuda (berbaju oren) "sedikit sumbangan dari anak watan mampu merubah apa yang kita kecapi di kampung kita pada hari ini, bukan wang semata-mata, tapi keringat itu la yang memberi kesan." Ada faham?. Fikirkan lah. Setiap sumbangan pastinya untuk kebaikan bagi menambah baik kemudahan yang ada di kampung. Mungkin aku tak dapat meyumbang keringat yang banyak kerana aku berada di luar kampung. Tapi aku cuba untuk menyumbang dari aspek yang lain. Aku harap tradisi ini akan berkekalan sampai bila-bila. Pasti. Jika kesatuan ini diteruskan. Siapa lagi yang diharapkan? Kita...






nota kaki cagu : apa yang penting?
jawapan - kerjasama...kampung sapa? kampung kita laa...hehe...

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top