Alhamdulillah, Selamat Pergi Dan Selamat Pulang...

Huargh...penat pun ada, seronok pun ada. Itu la yang dapat digambarkan setelah rombongan cik kiah ke Kelantan selamat dalam misinya menghantar pengantin lelaki ke Kuala Krai dan sekarang semua yang mengikut rombogan tersebut telah selamat sampai ke rumah masing-masing dan termasuk la aku. Hehe. Kira-kira jam 10.30p.m tadi aku sampai ke rumah. Bertolak dari KL jam 7.oop.m. Apapun perjalanan ke sana memang mencabar dengan bengkang-bengkoknya dan bukitnya yang tinggi-tinggi. 

Apapun seronok tengok tempat orang ni ek. Cara hidup mereka yang agak jauh berbeza dengan cara kita. Ye la kan, orang jawa vs kelate, memang la banyak bezanya. Di dalam sibuk-sibuk menyiapkan hantaran yang dibuat last minute, sempat juga kita orang berjalan-jalan sampai ke Kota Bahru, Wakaf Che Yeh dan Rantau Panjang. Orang kata curi-curi masa la dan pastinya memang penat dek kerana mengejo masa yang agak limited edition. Bak kata pakcik aku, dah datang jauh-jauh ni kan kalau tak melopori tempat orang memang sia-sia la kan. Aku follow je. Mana taknya kan, adat orang menumpang plus jadi supir lompatan kepada pakcik aku. Huhuhu. Keras gue. Wat to do. Gagahkan juga la.

Nak dijadikan cerita kereta aku wat pasal plak kan bila last minute nak gerak. Pasal mobilizer aku tu la. Tak jumpa lagi. Dah susah nak start kereta. Bukan tak boleh, cuma susah. Tak mahu menanggung risiko terjegel di tempat orang yang agak beratus kilometer dari tempat bermastautin kan, so aku amik keputusan untuk tong-tong dengan ipar aku la kan. Ipar aku yang beria-ia ajak aku naik dia. Untuk tidak menghampakan hasrat orang kan, so aku pun terima la cadangan ditutup tersebut. Tapi yang bestnya bila sampai kat KL untuk berkumpul, pakcik aku minta aku jadi supir dia plak. So, bila otai dah minta macam tu kan, serba salah dibuatnya. Nak tak nak kena la engge juga. Senyum lebo pakcik aku.




nota kaki cagu : tak sempat nak amik gambo la plak...
jawapan - so....gambarkan je la...hehehe...

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top