Wake Up...

Rasanya dah lama tak mengupdate blog aku ni. Hmm...kesesakan jadual harian ditambah dengan kebluran diriku ini. Haha. So, bulan April telah berlalu dan kini tentunya bulan Mei telah berlalu juga tapi baru 3 hari. Apapun minggu lepas ni ramai yang ambil kesempatan untuk membawa family bercuti bersempena dengan Hari Pekerja pada 1hb Mei bersamaan hari Ahad lepas dan secara tidak langsung dibawa ke hari seterusnya iaitu hari Isnin bersamaan 2hb Mei. Ehem..dan yang bestnya, semua orang bercuti menyambut besday aku pada 2hb Mei tu. Hahaha. Perasan tak hinggat. Kebetulan dengan Izin-Nya la kan.

So, aku tak ada la kemana-mana melainkan pulang ke kampung halaman seperti biasa. Lagipun sepupu aku ada buat majlis kenduri kahwin. Rewang la nampaknya. Jadi tukang goreng ayam. Best jugak. Kenyang makan ayam je. Mana taknya, Masuk 20 ketul ke kuali pastinya seketul akan aku rembat. Haha. Macam tu la kan. Bukan aku je, orang dalam balai rewang pun amik kesempatan juga. Adat berewang macam tu la. Seronok berkumpul dengan pemuda-pemuda dan orang-orang tua kampung ni. Syukur semuanya berjalan dengan lancar dan semua orang gembira. Aku pun happy + kenyang. Bleh gitu? kira upah penat la kan.

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top