Segalanya Tentang Dia Lagi..Windu..

Semasa aku tengah dok lepak-lepak kat umah petang Ahad lepas, termenung depan beranda tengok kan pokok rambutan yang mula berputik nak berbuah. Terbayangkan, terdengarkan seperti motor arwah abah melintas di depan. Biasanya time-time macam ni abah kuar pergi ngeteh kat warung depan tu. Hmm..rindunya. Tiba-tiba adik bongsu aku menempelak. "Abang kawan e'a cakap kat majalah Ujang ada cerita tentang abah" aku pun tak semena suh dia cari majalah tu. Tak sampai setengah jam kawan dia hantar majalah tersebut ke umah mak aku. Pantas. Hehe. So belek-belek la mencari dan memang benar ada. Tapi bukan la kisahnya, cuma diselitkan sahaja. Kebetulan pelukis kartun segmen "Workshop" tu orang kampung aku. Hanafi namanya a.k.a sukun. Anak tok imam kampung. Hehe. Terima kasih ye sukun.

 Inilah majalah tersebut keluaran April 2011. Aku dah lama tinggalkan majalah ni. Tak cari la tapi kalau ada depan mata aku baca. Buat hilang tension.

Segmen "Workshop" hasil anak tempatan Ngaritem Batu 16 3/4. Nama je 3/4 tapi semua orangnya ok dan baik-baik belaka. Ceh ayat...

Ada satu ruang yang diselitkan tentang Arwah Abah disini. Walaupun kecil tapi besar maknanya bagi kami sekeluarga.


- Wassalam -

0 comments:

Post a Comment

 
G.O.B.E.L.L © 2010 | Designed by Chica Blogger | Back to top